Travel to Johor



- Assalamualaikum -


Hohoho. Aku terlepas masa untuk post new story. Ingatkan nak tulis new story dalam jam 12 tengah malam tapi aku dah pon tertidur lepas Isyak. Adesss. Tapi tak apa. Sekarang ni pon dah pon terjaga, somdapat la aku tuliskan apa aktiviti aku nak buat esok. Sebab esok aku akan travel lagi tapi bukan aku seorang je yang pergi tapi kali ni aku akan pergi dengan adik aku. So aku kene la tengok dia hari ni. Hehehe.


Today plan aku akan pergi ke Muar, just nak melawat kawan poli aku je kat sana. Beraya kejap then aku terus balik ke Labis untuk melawat mak long pak long aku dekat sana. Biasaanya kalau cuti lama lama ni, aku biasanya memang akan set dalam percutian aku untuk ke rumah mak long pak long aku ni. Sebabnya mak long aku ni selalu buatkan aku ingat dengan arwah atok esah. Bila nak balik je, dia akan cium dua dua pipi aku sambil nangis. Macam tu la arwah atok esah buat dulu. Tapi bukan tu je alasan aku pergi rumah mak long pak long ni. Ada alasan lain. Salah satunya sebab mak long adalah satu satunya keluarga mak aku yang ada. Sebab mak aku ada seorang je kakak. Jadi aku wakil mak aku selalu la melawat mak long. Aku ada bagitahu mak aku sebab bende ni juga dan mak aku pon cakap bagus la sebab mak aku nak jalan jauh jauh pon rasa penat, jadi aku pon jadilah wakil mak aku. Tapi bukan belah mak aku je aku pergi melawat. Belah ayah aku pon pergi, tapi kalau nak katakan yang paling banyak aku melawat pon, belah ibu aku je la paling banyak. Hahaha.


Tapi tak kesahlahkan yang mana pon kan. Yang penting, menjaga hubungan sirahturrahim tu lebih penting. Yang pasal kawan aku ni pulak, aku saje je nak melawat mereka. Aku tahu kawan aku mesti tengah kerja pagi nanti. So aku saja singgah rumah parent dia. Sebab mereka pon dah anggap aku dulu sebagai anak angkat sebab aku sama birthday dengan anak dia. Tapi kawan aku ni laki la. Hahaha. Lepas je melawat mereka, aku cadang nak singgah ke sungai ledang. Sebab sana air sejuk tapi aku tak singgah lama, sebab sana ada banyak penghuni. Scary juga la. Tapi singgah sebentar tak ada masalah. Hehe.


So tu je la plan aku ari ni. Cadangannya nak gerak pagi dalam jam 10 pagi ni, tapi apa apa pon, aku cuma merancang masa, tapi apa yang berlaku hari ni aku tak tahu. Aku tawakal pada Allah setiap perjalanan aku dengan adik aku hari ni. Hanya pada pada-Nya aku berserah diri. Apa apa pon, doakan aku selamat sampai ke destinasi yang kami nak tuju hari ini. Hehehe. Okay lah. Chow.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas