Too Many Things

- Assalamualaikum -
Minggu ni banyak gile bende berlaku. Hari isnin ari tu 12hb akak aku motor dia kene curi dengan budak bangsa melayu remaja. Motor kriss je pon. Ape la si bodoh tu nak sangat dengan motor tu. Aduhhhh. Pencuri zaman sekarang dia memang suka nak hidup di alam neraka rasanya. Sebab apa yang dia buat ni, serius tak akan dimaafkan. Sebab ni antara dosa manusia dengan manusia. Dan selagi tak dapat balik motor tu, dosa dia tak akan dimaafkan. Aku bukan pendendam tapi kalau dia buat macam ni dah menyusahkan hidup orang, satu sahaja solution boleh bagi, jangan maafkan apa yang dia buat. Simple. Nak setel, simple, pulangkan motor dengan elok tak rosak, dan mintak maaf. Simple je.


Lepas tu hari rabu aku cuti lagi sebab aku dah amik cuti kan untuk balik raya haji hari tu tapi nak buat macam mana, disebabkan kes macam tu, plan aku nak balik kampung terbantut. Keesokkan harinya, aku kerja macam biasa tapi tah tak tahu apa cerita, badan aku tiba tiba naik demam. Lemah. Tapi disebabkan aku malas nak membeli penadol dengan ubat demam, aku balik aku tidur je. Tapi aku ingat esok tu okay je. Rupanye aku silap, esok tu jumaat, aku still weak tapi aku bertahan je, pergi 7e Eleven beli panadol activefast. Elok la sampai petang. Lepas tu kene makan lagi. Tapi demam tu still tak elok lagi. Sampailah hari ini.


Hari ini, aku nak balik kampung sebab esok nampak gaya nak belikan motor untuk akak aku dekat kampung. Tapi ye la, aku tak sihat sebenarnye ni, boleh jadi hari ni, confirm demam aku akan naik stage lagi terok. Sebab kalau semalam aku keluar aku rasa pening pening dan nak muntah, hari ni confirm aku akan rasa betul betul punya. Tapi aku cuba tahan dulu. Sampai kampung, esok nak beli motor tu, aku akan pergi klinik untuk dapatkan ubat. Sebab malam besok aku akan kerja. Hehe. Tengok ler macam mana. Okay la. Aku nak siap siap, nanti kejap lagi nak balik kampung dah. Doakan aku tak rasa mabuk atas jalan. Okay chow dulu. Hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas