Dia Fluffy Aku Chubby



- Assalamualaikum -


Gaduh gaduh itu biasa jika tiada perkara yang boleh menyakitkan tubuh seseorang. Dan Jika pergaduhan itu boleh menyebabkan seseorang itu mendapat dosa yang banyak, baik salah seorang mengalah jer. Nanti kalau berterusan, emm dosa je dapat. Rugi beb. Dan aku sudah tentulah pilih yang mengalah sebab aku tak suka bergaduh dan cari cara untuk berpisah yang tiada sebab kau akan cari aku balik dengan sebab. Aku cari cara weii sehabis yang mungkin. Hahahahaha.


Tapi disebalik pergaduhan ini, ada satu pergaduhan ni aku tak boleh nak mengalah. Iaitu dengan kucing aku ni. Ishhhh. Dia suka duduk dekat bilik akak aku. Lagi lagi kalau akak aku ada. Dan bila akak aku balik kerja, dia akan baring dekat dekat dengan akak aku. Yang buatkan aku geram dengan kucing aku ni, setiap kali aku nak ambil dia je, atau datang borak dengan akak aku dekat bilik je, dia lari masuk bawah katil. Sorok daripada aku. Ishhhh anti betul dia dengan aku. Hahahahaha.


Tapi kan bila akak aku tak ada, puiiii bukan main manja lagi. Nak main la, nak makan laa. Tapi bila akak aku ada, sedikit pon dia tak nak datang dekat dengan aku. Bila aku geram dengan dia, aku cakap dengan akak aku, budak gemok tu mane? Bahaha. Aku panggil dia gemok sebab dia besar dan berat 6kg. Tapi dalam masa yang sama, aku ingat juga aku pon gemuk jugak. Tapi disebabkan geram punya pasal, aku panggil je dia gemok. Hahahaha. Dalam umah aku ni ada 2 ekor kucing, seekor tu gemuk manja dan lagi seekor tu seksi bising. Hahahaha.


Tapi yang seksi tu aku geram dengan dia bila dia seksi sangat dekat akak aku je. Hahaha. Tapi dia okay, tak macam si montel tu. geram je aku dibuatnye. Haaa ni dia dah datang ni. Nak makan la tu. okay la. Chow. Kejap lagi nak tengok cerita boboiboy the movie. Chow dulu. Hahahahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas