Makin Lama Makin Dekat Tarikhnye


- Assalamualaikum -

Rasa macam scary pulak bila memikirkan masa untuk aku menamatkan zaman bujang aku ni makin dekat. Tapi kalau nak diikutkan, baguslah aku tamatkan zaman bujang aku ni, sebabnye aku dah malas nak bercinta dengan cinta yang sementara. Dan aku harap harapkan perkahwinan ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku. 


Hehe. Ye la aku sedar kot diri aku ni siapa dan aku bersyukur dapat insan yang sudi terima aku seadaanye. Bukan tak kata yang pernah bercinta dengan aku terima aku seadaanya, aku bersyukur dapat mengenal bekas bekas kekasih aku sebelum ni. Tapi jodoh tak berpanjangan. Walaupon dulu ada yang aku sangat gila, tapi sudah ditakdirkan bukan jodoh aku walaupon kenal punya lama dan bercinta lama lebih 2 tahun. Akhirnye yang aku berkahwin ni kenal tak sampai tak sampai setahun, tapi mungkin kerana jodoh, kami bertunang. Kalau tak silap, masuk bulan ni tak cukup setahun lagi kot.


Bulan depan ke bulan 7 tak silap baru cukup setahun perkenalan dengan tunang aku ni. Lama juga nak move on tapi aku cuba move on sebab bende yang lepas, kene lupakan. Sebab tu semua sejarah lama. Hehehe. Kalau aku ajak mereka datang, diorang tak akan datang. Haha. Tapi tak apa la. Bukan ada sesiapa pon yang akan baca cerita aku ni. Ye la. Inikan memori aku. Aku tak kan buang memori ni walaupon aku nak cuba buang, tapi aku tak akan buang. Sebab semua memori aku ada kat sini. Sama ada yang penting atau tidak, semua ada kat sini. Tapi cerita lama aku banyak juga dosa dosa yang aku pernah buat, aku cerita dekat sini kan. Hehehe.


Okaylah. Nak tidurlah. Kejap lagi aku nak kene bangun lagi. Nak bangun sahur nak memasak lagi. Hahaha. Menu tak sedap, but someday Insya’allah will do more better. Amin. Hehehe. Okay la. Chow. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas