Alhamdulillah Dia Okay Dah


- Assalamualaikum -


Aku ingatkan hari ni dia masih tak okay lagi. Aku almost give up bila dia macam tak ada mood dengan aku. Yela. Aku dah puas pujuk dia. Tapi macam tu jugak. Tapi mungkin berkat dia berpuasa, dia dah boleh berpuasa kot, dia terus okay. Hari ni banyak pulak dia membalas. Biasanya aku cakap berpatah patah, dia jawab sepatah je. Aiyooo.


Tapi hari ni, Alhamdulillah dia dah okay. Mungkin sebab dia berbincang pasal pernikahan kami kot yang buatkan dia mula bercakap banyak. Ada juga yang dia ungkit sebab belah perempuan kene buat banyak bende. Tapi aku cakap belah perempuan kene buat majlis sebab kene hebahkan dekat orang. Supaya belah perempuan tidak akan kene fitnah dengan orang sekeliling. Yela. Orang tak tahu anak dara si pulan ni dah kawen tapi duduk dengan lelaki bemesra bagai. Kesian dekat orang tak tahu cerita, tak pasal pasal mereka menyebarkan cerita palsu dan fitnah. Habis semua dapat dosa.


Belah lelaki, andai dia tak mahu buat kenduri, tak apa. Buat je la doa selamat simple dekat masjid pun jadilah. Itu paling simple. Nak okay sikit, buat dekat rumah. Bukan nak tayang bini, tapi buat doa selamat untuk perkahwinan laki bini baru berkahwin dan sebagainye. Hehe. Opsss. Banyak sanagt aku cakap. Dah la pagi nanti aku kirija. Hahaa. Okay la. Chow. Hehee. 😁

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas