Tak Kurang Sedikit Pon


- Assalamualaikum -


Ada lebih kurang sebulan daripada sekarang aku akan berkahwin dengan insan pilihan aku. Orang yang aku pilih untuk bercinta dengan dia. Orang yang aku pilih untuk hidup mati bersama dia. Walaupon banyak juga kekurangan aku, tapi dia tetap okay pilih aku tanpa banyak soalan. Sejak pertama berjumpa, aku dah minta dekat dia untuk bawa aku berkenalan dengan parent dia bagi untuk meminta kebenaran untuk aku berkenalan dengan anak dia.


Aku bersyukur aku dapat bercinta dengan orang orang yang aku pilih sebelum ni. Tapi apakah daya, cinta tak sampai ke target yang aku impikan. Ada yang aku minta untuk aku berkenalan dengan parent nye tapi tak dapat dan akhirnye putus ditengah jalan. Banyak juga yang menipu. Tapi biasalahkan, itulah kehidupan. Tapi itulah jalan cerita setiap orang.


Sepanjang aku berkenalam dengan pelbagai insan, aku selalu request untuk jaga solat, berpuasa. Jaga hati. Bersabar dan lain lain. Tak minta bukan bukan pon. Tapi Alhamdulillah semua mendengar. Tapi diantara semua, akhirnye aku jumpa yang parent nye restu perhubungan kami dan bagi kami untuk melanjutkan perhubungan kami. Agak payah juga. Tapi Allah itukan selalu membantu hamba-Nya. Alhamdulillah walaupon masih terlalu awal untuk aku gembira, tapi aku bersyukur sebab Allah memberi aku nikmat untuk aku bertunang dengan gadis pilihan aku. Alhamdulillah . Aku mengharapkan hubungan aku dengan dia kekal hingga ke akhir hayat aku. 😁

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas