Finally Yeayyy






- Assalamualaikum -






Sepatutnye story aku ni aku update semalam. Tapi disebabkan aku kene sakit perut yang dasyat akibat keracunan makanan, aku tak dapat nak update pagi semalam selepas aku balik kerja semalam. Lepas berehat lama akibat sakit perut semalam, baru aku dapat tidur. Itupon aku bangun lambat gile. Mana tak lambat weiii. Aku bangun time azan maghrib. Terkejut aku. Bangun bangun je tidur, terus pergi mandi, solat maghrib, qada’ Asar dan Zohor. Yela. Aku tak terjaga untuk solat Jumaat. Bukan sengaja tau, tak sengaja. Huhuhu.





By the way, sebelum ni aku asyik menangguh nangguh nak beli jam, sebab aku risau aku tak akan pakai since kadang bila nak buat kerja, jam ni kadang mengganggu nak buat kerja. Lepas tu tak pasal pasal bukak jam pulak tu. Adesss. Tapi disebabkan aku sangat memerlukan tengok jam setiap masa, aku pon kene consider balik la. Sebab masa itu sangat penting dekat aku. Okay la tu. Jam murah je beli. Janji ada lampu LED. Yang tu penting buat aku since aku kerja pon ada dua waktu, pagi dan malam. Dan semestinye lampu tu digunakan untuk tengok masa di waktu malam. Hahahaa. Tapi jenis aku, aku suka guna jam berat berat ni. Senang nak detect aku guna jam ke tidak. Haha.



Oh ye, this month aku akan pindah rumah. Barang pon tak masuk kotak lagi. Adesss. Tapi apa apa, banyak pulak duit nak guna bulan ni. Adessss. Emm baru baru ni aku ada check balik gambar gambar dekat ig aku, aku memang tak akan delete gambar lama la kan, lagi lagi gambar memori aku. Tapi since ada gambar ex aku dalam tu, aku delete la gambar dia. Dia pon dah kawen, nanti kalau husband dia tengok kang, mampus aku nanti. Hahaa. So baik aku ambik tindakan cepat cepat. Hahahaha. Okay la, bila sunyi sunyi macam ni, tiba tiba buat aku rasa mengantuk pulak. Adesss. Okay la.. chow dulu. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas