Seru 7 Roh

Assalamualaikum

SELINDUNG...kediaman tujuh sekeluarga mati dibunuh dijadikan  tempat tahi judi puja nombor ekor.

JOHOR BAHRU: Rumah yang pernah dihuni tujuh beranak yang kemudiannya mati serentak akibat dibunuh 11 tahun lalu, kini menjadi tumpuan kaki judi yang menjadikan premis di Johor Jaya di sini itu sebagai pusat pemujaan bagi mendapat nombor ekor.

Harian Metro diberitahu, penghuni rumah itu membabitkan sepasang suami isteri dengan lima anak mereka, satu lelaki dan empat perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam dalam satu kejadian 11 tahun lalu.


Ketika tinjauan ke rumah itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai, didapati kediaman itu sudah berubah wajah dan kelihatan seperti pusat ibadat dan golongan kaki judi dikatakan banyak berada di situ bagi melakukan pemujaan pada waktu malam.

Pemujaan terhadap roh semua mangsa yang mati akibat ditetak dengan kejam itu dilakukan dengan menyembah gambar mereka mangsa yang masih berada di dalam rumah berkenaan.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, tindakan golongan kaki judi itu menjejaskan keselesaan masyarakat yang tinggal berhampiran kediaman berkenaan. - Metro

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh