Pasangan Kekasih Ditemui Rentung


Assalamualaikum



KLANG – Sepasang kekasih ditemui mati rentung dalam bilik utama sebuah rumah kedai di tingkat dua bangunan empat tingkat itu di Jalan Hulubalang 26, Taman Desa Ablelink di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.14 pagi, mayat lelaki, Chua Keh Siong, 40, dijumpai atas lantai berdekatan pintu bilik iaitu kira-kira satu meter dari mayat mangsa wanita, Seh Pei Kim, 34.
Pasangan tersebut dipercayai mati selepas terhidu asap berlebihan dalam bilik mereka.
Keh Siong bekerja sebagai jurujual beralamat di Taman Klang Utama di sini manakala Pei Kim yang tidak diketahui pekerjaannya beralamat di Kampung Baru Jenjarom, Jenjarom dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas dan Kota Raja, Zulkiplie Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.14 pagi sebelum tiba ke tempat kebakaran 13 minit kemudian dengan dua jentera bomba dan 15 anggota.
Menurut beliau, pasukan bomba yang naik ke rumah mangsa terpaksa memecahkan empat mangga dan pintu jeriji serta pintu untuk memasuki rumah yang disewa pasangan itu. - Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas