Berita Gembira Buat Yang Mahu Jadi Sukarela PLKN

Assalamualaikum


BAGAN DATOH 21 April - Kerajaan sedang menimbang cadangan untuk menyediakan elaun khas kepada anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang terdiri daripada bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah sebahagian daripada pertimbangan khusus bagi rancangan penubuhan angkatan sukarelawan nasional dikenali sebagai 1Malaysia Corps yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut beliau, kertas cadangan berhubung pemberian elaun khas itu sedang diteliti dan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

“Mereka (alumni PLKN) tidak menuntut sebarang bayaran, tetapi kerajaan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang menimbang cadangan supaya anggota BSKN ini diberi elaun. - utusan

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh