Ramai Rakyat Malaysia Menghidap Diabetes
Assalamualaikum
weeee.. tak sangke ek ramai jugak rakyat Malaysia menghidap diabetes nie.. tue tak termasok aku lagi tue.. tapi nie sume sebab tak jage pemakanan la nie.. masing masing nak makan makanan yang tak sehat dan tak jaga waktue makan... aiiiyooo..
BUTTERWORTH - Kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, anggaran itu melibatkan individu dewasa yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.
"Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati pesakit diabetes meningkat setiap tahun. Pada 2006 terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan keputusan awal NHMS pada 2011 terdapat tiga juta menghidap diabetes," katanya. - KOSMO
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Bulan Kesedaran Diabetes di sini semalam.

Comments