Anggota Polis Wanita Jatuh Kene Tendang
Assalamualaikum
-Hiasan Semate mate -
KUALA LUMPUR 28 April - Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral, di sini hari ini.
Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.
.jpg)
Comments