Tipu Diculik Untuk Jumpa Kekasih

Assalamualaikum


AVONDALE (Arizona): Polis berkata, seorang wanita dari bandar Phoenix mengaku dia menipu diculik supaya dapat bertemu dengan teman lelakinya di Mexico.

Polis Avondale berkata, keluarga Jessica Rodriguez memberitahu polis pada 30 Mac lalu Jessica menelefon daripada nombor yang tidak dapat dikesan menyatakan dia ditahan tanpa kerelaannya.


Keluarga Jessica percaya teman lelakinya, Jesus Antonio Araque Mondragon yang berusia 19 tahun merancang penculikan itu selepas melarikan diri ke Mexico. Mondragon adalah orang buruan yang dikaitkan dengan satu kes bunuh Januari lalu.


Jabatan polis Nogales Sabtu lalu memberitahu polis Avondale bahawa Jessica berada di stesen sempadan.


Polis Avondale berkata, Jessica kelmarin memberitahu pihak berkuasa dia menipu keluarganya mengenai penculikan dirinya kerana dia tahu ibunya tidak akan membenarkan dia bertemu Mondragon. -

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh