Gadis Dilarikan Orang Tua Diserah Pada Polis

Assalamualaikum


KUANTAN – Remaja perempuan, Balvin Kaur, 17, yang dilaporkan hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki tua di sini pada 7 April lalu menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 3 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, pihaknya telah memaklumkan hal berkenaan kepada keluarga pelajar tingkatan lima itu.
“Balvin dilaporkan sihat dan selamat ketika menyerah diri. Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Ravi yang didakwa melarikan remaja itu masih gagal dikesan.
“Kita sangat berharap Ravi dapat hadir di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam. - KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas