Niat Dalam Hati 8 Perkara Semasa Amik Wuduk

Assalamualaikum


Sebelum bercerita pasal niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk, terlebih dulu, hendaklah kita lafaz niat wuduk, kemudian, barulah niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk, dan akhir sekali, doa selepas wuduk. 



Lafaz niat wuduk:






Ketika ambil wuduk, niatkanlah dalam hati:  

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".



Doa selepas wuduk:  

Sumber: amalanku.com

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh