Mengapa Bob Cakap Penerbit Tak Bantu?
Assalamualaikum
Sebelum ini kami melaporkan bahawa Bob Kuman mengadu dia telah diabaikan oleh pihak penerbit setelah terjaruh di lokasi pengambaran.
Perkara itu bagaimana dinafikan oleh pihak Metrowealth melalui satu kenyataan seperti di bawah:
Merujuk perkara di atas, syarikat produksi Metrowealth ingin menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan Bob Kuman bahawa pihak kami tidak mengambil inisiatif terhadap tahap kesihatan yang dialami.
Untuk makluman semua, pihak kami mempunyai bukti yang mana kami telah memberi sumbangan terhadap beliau pada Julai 2010.
Peristiwa ini turut disaksikan oleh wartawan Melodi TV3, Michelle Wee dan juga Nas Ahmad dari Galaksi TV9.
Sumbangan ini dibuat semasa lawatan penerbit drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak iaitu Mejar (K) David Teo di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
Ketika lawatan dibuat, pihak kami juga telah memberi cek sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menyelesaikan kos rawatan.
Sumbangan tersebut juga, telah diserahkan sendiri oleh penerbit kepada Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Bin Mohd Rawi. Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap segala persoalan telah terjawab.
Oklah, rasanya dalam hal ini mudah, bukannya Bob Kuman tidak bercakap benar. Kebarangkalian besar dia terlupa. Pasal dia sedang sakit teruk dan pastinya banyak bergantung pada ubat.
Metrowealth pun janganlah terasa hati sangat. Hal kecik aje tu. Kawan tu tengah sakit, tengah terdesak. By the way kita semua tahu Metrowealth banyak buat untung. Kalau nak bagi lagi sekali pun apa salahnya, kat celah hidung David Teo aje semua tu.
Tak nampak hina, nampak mulia pun kalau bagi. – My News Hub
Sumber - Matlumat.my
Comments