Tiga Tahun Tinggal Bersama Tanpa Nikah, Seorang Anak

Assalamualaikum



Gambar Hiasan


KAJANG: Selepas tiga tahun memperdaya jiran sekeliling dengan berlagak seperti suami isteri, sepasang kekasih yang rupa-rupanya bersekedudukan hingga mendapat seorang anak ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Taman Taming Jaya, di sini, semalam.

Penahanan pasangan kekasih berusia 21 tahun pada jam 5.30 pagi dan penguat kuasa Jais turut dibantu ahli jawatan kuasa masjid serta seorang anggota polis.

Menurut sumber, selepas sekian lama tinggal serumah tanpa nikah pasangan itu didapati melahirkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

“Serbuan dilakukan selepas pihak masjid menerima aduan daripada orang awam.

Sebaik menerima aduan, jawatankuasa masjid segera menghubungi Jais dan polis bagi melakukan pemeriksaan.

“Selepas hampir 30 minit mengetuk pintu rumah berkenaan, baru suspek lelaki membuka pintu dan pemeriksaan lanjut mendapati ada suspek wanita di rumah itu serta seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. 

Comments

Fienazzuki said…
dulu dekat kampung saya pun ada kes nie...5tahun tinggal bersama tanpa nikah dan 2 orang anak...kitaorg ingt mmg nikah...rupanya tidak...
ehhhhh..ingat kan kes baru nie...tak sangke kat kg awak pon ada ek..kat ner kampung awak tue??

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh