Posts

Showing posts with the label Penerokaan Extreme Gua Batu Maloi

Penerokaan Extreme Gua Batu Maloi

Image
Assalamualaikum JIKA dilihat dari sudut geografinya, Gua Batu Maloi terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Penulis berpeluang merasai sendiri cabaran penerokaan Gua Batu Maloi menerusi program yang dianjurkan oleh Zainul Fikri Mohd Idris, 33, bersama 28 peserta lain. Sebelum memulakan aktiviti penerokaan gua, kami diberi taklimat ringkas serta panduan oleh penunjuk arah, Nazri Mohd Bellango, 55. Kami diminta memasukkan barang berharga ke dalam beg kalis air kerana hampir 80 peratus laluan adalah kawasan berair. Sumber air itu adalah dari Gunung Datok yang mengalir turun melalui rekahan batu dan dinding gua. Untuk melepasi segala bentuk halangan dan cabaran yang tersedia menanti di dalam gua ini, kami perlu merangkak, mengiring, memanjat serta menuruni batu-batu sungai yang licin. Ada ketikanya kami terpaksa menyelam sambil berjalan selama beberapa saat di dalam air! T...