Perahu Nabi Nuh A.S Telah Ditemukan
Assalamualaikum SEORANG Belanda, Johan Huibers, yang telah membangunkan replika perahu Nabi Nuh AS yang sudah ditemukan tersebut berdasarkan ukuran-ukuran detail seperti dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi. Kitab Al-Quran mempunyai satu surah khusus mengenai kisah Nabi Nuh iaitu Surah Nuh yang mengandungi 28 ayat. Manakala di dalam surah Hud ayat 40–41 pula ditemui ayat berikut: “Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan na...