Posts

Showing posts with the label Subhanallah..Ada Pokok Dalam Paru Paru Dia

Subhanallah..Ada Pokok Dalam Paru Paru Dia

Image
Assalamualaikum IZHEVSK, Rusia – Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut? Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun. Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada. Akhbar  Komsomolskaya Pravda  melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu. “Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain. “Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula,” kata Dr. Vladimir Kamashev...