Posts

Showing posts with the label Tangan Terbelah Mencari Menterang

Tangan Terbelah Mencari Menterang

Image
Assalamualaikum   PAGI itu, sebaik sahaja siap menyarung dua lapis stoking separas lutut dan mengikat tali kasut getahnya, Khairiyanto Sahinek, 32, jelas sudah bersedia untuk memulakan pencarian rezekinya untuk hari tersebut. Pandangannya dihalakan ke kawasan Pantai Remis di Kuala Selangor, yang baru dua jam surut airnya. Bagi kebanyakan orang, pemandangan pantai yang surut mungkin tidak begitu menarik. Yang ada hanya tanah berselut dan beting pasir yang dipenuhi timbunan kulit kerang. Namun, bagi pemuda yang mesra dipanggil Khairi ini, dia, bapanya serta beberapa pencari kerangan laut lain, tanah berselut itulah lubuk rezeki mereka. Tanpa melengahkan masa, Khairi bersama bapanya yang hanya mahu dikenali sebagai Sahinek, 60-an, berhati-hati menuruni beting pasir sambil memikul tongkah kayu sepanjang dua meter sebelum diturunkan di kawasan lanyau. "Tongkah ini akan menjadi kenderaan semasa kami meredah selut nanti. Caranya mudah saja. "Kaki kiri dilipat ...