Wanita Nie Tersepit Hutang 16 Ah Long Maa
Assalamualaikum JOHOR BAHRU – Gali lubang tutup lubang. Itulah situasi dihadapi seorang peniaga wanita apabila terpaksa membuat pinjaman kepada 16 ah long untuk digunakan sebagai modal berniaga. Menurut Dila (bukan nama sebenar), pada mulanya dia membuat pinjaman sebanyak RM1,000 daripada seorang ah long, namun disebabkan gagal melunaskan bunga sebanyak RM200 seminggu, dia terpaksa pinjam kepada ah long lain sehingga pinjaman mencecah RM15,600. Dia tiada pilihan selain membuat pinjaman melalui ah long untuk mendapatkan modal perniagaan pada Februari lalu apabila dia mula mengambil alih warung milik rakannya di sebuah taman perumahan di Skudai, di sini, selepas namanya disenarai hitam. “Sebelum ini, saya tiada masalah dengan pihak bank sehinggalah pada tahun 1998, rakan membuat pinjaman membeli kereta menggunakan nama saya. Malangnya dia gagal bayar balik sehingga kereta itu ditarik balik, sekali gus nama saya disenarai hitam. “Oleh kerana terlalu ...