Assalamualaikum WALAUPUN kita kini berada di zaman moden, masih ada lagi yang beranggapan ahli silap mata yang hebat biasanya menggunakan ilmu hitam untuk membuat skil-skil yang mengagumkan mata umum. Ini kerana kebanyakan persembahan mereka adakalanya melampaui logik akal, sehinggakan ada yang terfikir bahawa persembahan mereka menggunakan bantuan jin. Namun pada hakikatnya, jika ingin menjadi seorang ahli silap mata tersohor seperti David Copperfield, ternyata ia memerlukan latihan selama berpuluh-puluh tahun untuk menguasai dunia dengan seni silap mata. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Dewan Bahasa dan Pustaka, silap mata didefinasikan sebagai sejenis permainan yang mengelirukan pandangan orang lain atau untuk membuat sesuatu yang aneh. Pada dasarnya, mata kasar kita akan melihat sesuatu itu sebagai perkara luar kebiasaan. Namun, jika diperhatikan dengan lebih teliti atau penghuraian muslihat mereka melakukannya, perkara tersebut sekadar ...