Posts

Gambar Gadis Dan Assetnya ( Versi Indonesia )

Image
Semakin lama Dunia ini semakin Tua, beribu-ribu macam ragam gaya pun akan bermunculan. Entah darimana asal muasal gaya atau trend tersebut.  Kita sebagai Muslim dan Muslimah yang baik, seharusnya bisa memfilterisasi semua permainan Dunia ini. Muslimah yang baik ialah Muslimah yang menutupi dan Menjaga Auratnya sebaik-baiknya dari pandangan orang lain.  Mulai dari Ujung Rambut sampai Kaki, kecuali muka dan telapak tangan. Muslimah yang baik adalah Muslimah yang selalu memakai Jilbab dengan baik dan terlihat sopan.  Jangan asal-asalan berjilbab. Dan juga kalau memakai Jilbab, harus dicocokkan dengan Pakaian yang anda pakai. Jangan memakai Jilbab jika anda mengenakan baju lengan pendek dsj. Jangan memakai Jilbab jika anda memakai pakaian yang Super Ketat. Bagi Anda perempuan, pakailah Jilbab dengan benar. Kurang lebih seperti gambar dibawah Jangan memakai Jilbab seperti gambar gambar berikut ini: Kenapa? Apa ada yang salah dengan gambar gambar terse...

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Image
sebelum ni mesti ramai dah baca tentang kisah misteri tentang Al-Quran terbang di Mekah , kali ini mari kita selingkap misteri sebuah  masjid , dikatakan  masjid  ini didirikan oleh makhluk ghaib.. Subhanallah Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi,  Masjid  Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya. Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara Bangunan Masjid Nando dikatakan memang unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid. Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibi...

KOREA: Kedai Runcit Maya Pertama

Image
Sebuah peruncit utama Korea Selatan telah membuka kedai maya pertama di dunia menjurus kepada pengguna telefon pintar, dengan cara membeli secara mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di stesen kereta api bawah tanah Seoul. Homeplus, rantai diskaun kedua terbesar di negara ini, menawarkan 500 barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan di "kedai" yang terletak di stesen Seolleung. Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej rak kedai saiz sebenar dipenuhi dengan barang-barang - seperti susu, epal, beg beras atau sekolah beg galas - yang masing-masing mempunyai kod bar kecil tersendiri. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan pada telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar-gambar kod bar. "Anda boleh membuat pesanan sewaktu anda pergi ke tempat kerja pada waktu pagi dan barangan anda telah sampai di rumah apabila anda pulang ke rumah pada waktu malam," kata seorang juru...

Budak Melayu Bergambar Di Kubur Cina

Image
Gambar ini telah menaikkan kemarahan orang Cina sehingga ianya dimasukkan ke dalam sebuah suratkhabar Cina negara kita. Menurut sumber, mereka yang di dalam gambar tersebut adalah golongan bohsia Melayu dan ditemani oleh seorang kawan lelaki mereka. Apa-apapun, apa dah jadi dengan remaja sekarang? Selain itu, mereka juga menuding jari tengah semasa bergambar dengan kubur ini. Walaupun Syafikal (yang bertanggungjawab untuk muatturun gambar tersebut) telah minta maaf, ramai lagi yang rasa kurang puas hati. Cuma bayangkan, orang lain pula yang duduk main-main dengan kubur korang, apa perasaan korang? PS: kot benci dengan orang orang cina pon, tak payah la carik pasal kat kubur diorang.. buat la bende laen untuk lepaskan benggang kot ye pon.. adesss

Pinggan Kayu Untuk Bapak

Image
Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat kekok menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam ...

NINETOLOGY SMmartphone Buatan Malaysia Terbaek

Image
Ramai pengguna lebih mengenali jenama telefon bimbit tertentu kerana cara pengiklanan serta publisiti yang ada di mana-mana tanpa menyedari beberapa jenama buatan tempatan sudah mula menunjukkan taring masing-masing. Tidak ketinggalan Ninetology yang memasarkan telefon bimbit multimedia melalui segmen telefon pintar iaitu Black Pearl 2 i9400 kini berada di pasaran dengan konsep hiburan bermaklumat.  Jenama ini mungkin masih kurang dikenali di pasaran tempatan tetapi sesetengah fungsinya tidak boleh dipertikaikan walaupun ramai yang kurang yakin termasuk penguji apabila pertama kali menggunakannya.  Satu ciri menarik pada Black Pearl 2 i9400 ialah versi dwi SIM yang mana pengguna boleh bertukar antara dua nombor telefon berbeza anda dengan hanya satu sentuhan. Pada saiz 4.0 inci, pe-nguji merasakan Ninetology boleh berbangga pada saiz yang menepati kehendak pengguna sekarang namun resolusi (dinyatakan di bahagian bawah artikel ini) belum memadai...

Wordless Friday

Image
PS: Jum Solat Maghrib.. bagi gurl yang tak boleh solat tue, banyak banyak kan la berzikir ye.. hehehehe...

Cara Nak Hilangkan Bau Kaki

Image
Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa.  Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini.  Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya.  1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka.  2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap.  3) Mempelbaga...

Teguran Terbuka Dari Majalah Hijab

Image
ASSALAMUALAIKUM Adakah fesyen muslimah di Malaysia semakin terpesong? Mungkin sebab inilah timbulnya satu surat teguran terbuka dari seorang muslimah untuk Majalah Hijabista. Fikir-fikirkan lah… _ _ _ _ _ _ _ _ _ Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi… Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang di...

Teori Fizik Hawking, Mengungkap Perjalanan Isra’ Rasulullah SAW

Image
Assalamualaikum kali nie aku nak berkongsikan dengan artikel mengenai Dr. Stephen Hawking yang membuat perjelasan mengenai peristiwa Isra; Mi'raj Nabi jujungan kita Muhammad SAW.. Salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah, salah satunya melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking. Teori Lubang Cacing Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan. Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907). Dan yang terakhir adalah Stephen William Hawking, CH, CBE, FRS (lahir di Oxford, United Kingdom, 8 Januari 1942), beliau dikenali sebaga...