Posts

Aku Dan Network

Image
- Assalamualaikum - Kalau nak cakap kan aku dengan bab bab networking ni, aku memang fail gile. Tapi tu kalau aku kene study la tengok buku bagai. Tapi kalau bagi aku untuk selongkar ini itu, 😏 aku memang cemerlang bab tu. Kalau aku follow ape yang orang cakap, emm memang fail la aku. Yela. Aku follow orang tapi aku sendiri tak faham apa yang aku buat. Aduhhhh. Memang tak jalan otak aku macam tu. Tapi sejak aku guna dua data. Satu kat handphone dan satu lagi dekat modem. Aku selalu belajar cara cara nak bagi sedap aku punya wifi. Speed, lagging, buffed, and so on. Sebelum nak selongkar semua tu, aku cari dulu modem ape aku nak guna. Sebab modem tu pon penting juga sebab ada peranan dia juga dalam tu. Tapi kalau modem biasa biasa pon boleh juga. Dapat juga merasa speed semua tu. Lepas dah selidik modem tu, baru la aku usya usya dalam modem tu dan usik la setting dia. Aku pakai dua data sebenarnye ada je sebab. Salah satunye, untuk wifi dekat rumah aku. Tapi bi...

I’m Engaged Weiii

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Bila awak awak baca ni, saya just nak bagitahu yang aku dah pon selamat bertunang dengan somebody pada 22 February 2020 baru baru ni. Majlis simple je sebenarnye tapi tak sangka pulak ramai gile yang datang. Hahaha. Lagi lagi member office aku. Sanggup datang tengok aku bertunang. Tapi apa apa pon, Alhamdulillah setel weii majlis tu.  Dan aku sekarang tengah mencari duit untuk majlis kawen aku yang berlangsung dalam tahun ni juga tapi dirahsiakan dulu. Nanti lagi sebulan aku akan post dekat sini bila aku nak kawen nanti. So apa yang penting sekarang ni, aku kene focus kumpulkan duit. Kalau tak cukup, aku tak tahu mana nak letak muka aku nanti dekat bakal mertua aku. Bagi aku maruah aku sangat penting untuk dijaga. Walaupon aku tahu la aku ni macam mana. Tapi apa apa pon, mencari rezeki tu adalah satu matlamat sekarang. Tapi kan, selepas bertunang ni, aku ada bende yang buatkan aku tak senang sekarang. Aku tak nak tuduh apa ...

Penat Single Ni

Image
- Assalamualaikum - Aku sebenarnye dah lama dah nak hentikan hidup membujang ni. Bukan apa. Membujang ni kadang penat walaupon tahu hidupnye best sebab banyak bende kau boleh buat. Tapi aku tak larat la. Dan jumur aku katakan, selama aku bujang, aku banyak kali fikir tentang future. Tak kan lah aku nak membujang sampai umur sekian sekian. Nanti macam mana pulak dengan umur lepas tu kang. Fikir punya fikir, finally aku buat keputusan untuk berkenalan dengan orang. Syukur aku katakan, orang yang aku kenal ni aku cukup bahagia. Walaupon aku ni tak perfect, aku tetap diterima baik dengan dia dan family. Sejak aku berkenalan dengan dia, aku ada cakap dengan dia apa keinginan aku. Dan yang aku harapkan, dia tunaikan sebab kami fikir bende sama. Date 2 kali, lepas tu aku jumpa parent dia untuk minta kebenaran nak date dengan anak dara dia. Syukur, family dia bagi kebenaran. Ada pantang pantang aku jaga selama aku dengan dia. Walaupon aku ni teruk, as a man, aku tak sentuh d...

Mudah Mudahan Sahabat

Image
- Assalamualaikum - Jikalau pada 1/1 hari tu, aku berjaya mendapat restu pihak perempuan untuk berkahwin dengan dia. Hari ini 15 January 2020, aku juga berjaya meminta restu daripada parent aku untuk berkahwin dengan dia. Pasal mas kahwin semua tu sudah siap setel berbincang dengan pihak perempuan. Yang tinggal hanya bawak pihak perempuan untuk berkenalan dengan parent aku je.  Jangan kata, kenapa tak bawa pihak perempuan jumpa parent aku dekat rumah parent aku je? Ada sebabnya aku tak bawa. Aku akan bawa parent aku ke rumah perempuan untuk berkenalan semua. Sebabnya parent aku tak suka aku bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Kami tak sah lagi untuk naik bersama. Sama ada dalam kereta atau pon menunggang motorsikal. Ehhh naik kereta pon tak boleh? Selagi belom sah, selagi tu tak boleh. Sebab boleh mendatangkan fitnah. How? Banyak cara yang luar kotak orang akan fikir. Jadi tetap tak boleh. That why selama kita orang berjumpa, mana ada bertepuk tepuk atau...

Future Talks Tonight

Image
- Assalamualaikum - Makin cepat masa bergerak, makin laju pulak hati aku berdenyut denyut. Mana tak nye, malam ni aku kene panggil dengan somebody family untuk bincang tentang the future antara aku dengan anak dia. Boleh katakan aku sangat nervous ni. Sebab pasal bende ni aku tak dapat bincang dengan mak ayah aku sebab aku sendiri tak tahu nak cakap apa dengan mereka pasal bende ni semua. Tapi pernah la juga aku tunjuk dan video call orang tu dekat mak aku. Hahaha. Tapi itulah, mak dia suruh aku datang dan berbincang macam mana nak melanjutkan ke level lagi satu sebelum ke pelamin. Aku dah la penakut nak buat pilihan ni. Kang kalau dah terbuat keputusan tanpa bincang dengan mak ayah aku, mati aku nanti kene membebel dengan mereka. Hahaha. Tapi itulah, nak anak dara orang, risiko kene amik. Emmm. Nak tak nak aku kene la fikir macam mana nak buat ni. Lagi dua minggu lagi ke nak balik kampung. Hopefully tak ada part time la. Kalau ada, tak dapat la aku balik kampu...

Ikat Perot Jom

Image
- Assalamualaikum - Aku rasalahkan duit simpanan yang selama ni aku simpan sangat sangat mencukupi, tapi nampaknye aku kene belajar kagi untuk mengikat perut dan tambah lagi part time aku. Walaupon aku tak tahu berapa jumlah hantaran aku kene bayar nanti, baik aku prepare lagi. Hahahaha. Mana tak nye, sejak aku tahu pasal beli online ni, ada je bende aku nak beli. Singgah kedai handphone, nampak casing yang sesuat untuk phone holder aku, ada je aku nak beli. Nampak earphone yang sesuai boleh pakai atas motor, aku beli juga. Tapi bukan bende mahal la. Murah murah je aku beli. Semuanye bawah rm50. Hahaha. Tapi start esok, aku kene stop. Kumpul duit. Next years aku pastikan aku dah kawen. Siapa jodoh aku, tu aku tak tahu. Yang penting sekarang, kumpul duit. Apa apa pon, aku buat dulu perancangan awal sebelum bende ni nak jadi nanti. Haha. Esok aku ada part time, so esok dapat duit nanti, aku simpan dalam bank teros. Good luck to myself. Hahaha. Kene cakap sendiri...

Lepas Meeting Punye Cerita

Image
- Assalamualaikum - Hari ni aku cuti sebenarnye. Tapi aku ada meeting bulanan dekat office. So aku pergi la office. Tapi dalam perjalanan, aku sakit perot pulak. Problem gile. Nak tak nak kenelah lepas hajat dulu. Lepas tu barulah boleh teruskan perjalanan. So apa yang berlaku dalam meeting tak kan aku nak cerita kat sini kan. Hahahaha. Habis habis je meeting, aku punye manager, nampak la sebuah motorbikes kat office dan ianya kepunyaan kawan aku. Lepas tu, tak lama keluar la owner dia. Dan manager aku bagi cadangan nak pergi ride dengan geng geng motorbikes ni. Yela. Yang ada motorbikes pon ada 5 orang termasuk manager aku. So dia cadang kalau nak ride, buat group rahsia. Dan diorang akan ride la ke mane. Aku dengarpon macam syok je. Nak je follow. Tapi itulah. Diorang semua motor cc besar. Aku kecik je. Hahaha. Tapi boleh la kot follow diorang. Tapi kesian pulak kene follow speed aku nanti. Hahaha. Tapi tah laa. Aku maybe la kot tak follow diorang kot. Diora...

When I Lose To Trust U

Image
- Assalamualaikum - Bro, aku tak pernah bila berkawan dengan seseorang, aku akan hilang kepercayaan pada dia. Orang baru maybe la kot. Tapi kau kawan aku punya la lama. Aku cayakan. Tapi itulah, kata kata kau tu buatkan aku hilang kepercayaan pada kau. Maybe aku teruk tapi aku percayakan kau. Tapi itulah, susahkan nak dapat member baik baik ni. Alkisahnye bila hilangnya kepercayaan itu, aku mula jauhkan diri dari kawan aku. Dah la aku malas nak kata apa apa. Sebab aku dah tak percaya. Sebab pada aku, ada kawan yang aku anggap dia real, akhirnye menjadi fake. Semua itu ilusi semata mata. Aku tunggu kau, tapi aku dapat satu ayat dalam diri kau je. ANNOYING.  Tapi tak apalah, disebabkan aku ni mister ANNOYING, aku decide nak tarik diri daripada kenal pelakun macam kau. Kau hebat. Dan aku tarik diri jadi kawan kau. Dan aku buang segala galanya. Jadi anggap je la, ni last story 2019 yang aku pernah ceritakan pasal kau bro. Mudah mudahan kau lebih bahagia ...

Rezeki Kau Lain Rezeki Aku Lain

Image
- Assalamualaikum - Aku faham maksud kata kata yang orang cakap dekat aku, lagi lagi daripada seorang kawan wanita yang aku kenal lama. Aku tahu tapi aku lebih suka jadi PEMBARIS daripada buat yang sebaliknye. Tapi biarlah, masa pon sudah abis, kenapa aku nak fikirkan lagi bukan. Dan aku tak tahu kenapa still ada nak sangat aku ni dipersalahkan daripada apa yang pernah dia buat. Well boys never right. Woman always right even though they know they are actually wrong. Tapi tak apa la, bila semua berpisah, aku pon pilih perpisahan dan buang je la ape yang perlu. Even aku ada tulis dalam calender aku, aku buang je. Malas nak ingat. Hahahahaha. Menyemak je. For future even pon aku dah delete. Okay la tu kan aku pilih move on daripada aku biarkan dalam memori handphone aku kan. Apa apa pon, setiap orang rezekinye lain lain. Aku lain korang lain. Kita meneruskan kehidupan dengan cara lain lain. Tak sama pon. Yang buatkan kita sama, kita still hamba Allah dan tidak melupak...

Bila Dah Terbiasa

Image
- Assalamualaikum - Cukup cukup merepek pasal orang dah tak ada. Biarkan hidup mereka aman dan sentosa. Aku tak nak disebabkan diorang pernah menjadi kawan aku, diorang ada lagi dalam memori aku. Cukup cukup la diorang dah keluar dari memori aku. Hahahaha. Aku nak cerita tentang my life tentang jentera berat ringan yang biasa aku bawa sekarang. Aku tak faham dengan diri aku ni, sejak aku bawa jentera berat ni, kadang aku ada perasaan riak, angkuh dan kadang dalam masa sama aku ada perasaan rendah diri juga kadang bila bawa biasa. Tapi itulah. Aku tak tau kenapa perasaan ni muncul. Adesss. Tapi sejak aku bawa jentera berat ni, aku perasan 3 jari aku jari telunjuk, jari hantu dan jari manis aku untuk kedua tangan aku ni, dua dua kebas. Aku tak tahu nak buat macam mana. Mungkin la kot sebab bila hujan aku tak pakai glove, so jari aku sejuk dan kebas dalam masa yang sama masa tu, jadi jari pon terus kekal kebas masa tu. Huhu. Sabar je la. Hurmmm. Tapi kan bila baw...