Jum Holiday Di Tanjung Malai
Assalamualaikum SALAH satu perkara yang membuatkan agenda percutian terasa berbaloi adalah apabila disambut dengan kecemerlangan hospitaliti. Apresiasi tetamu oleh pihak hotel atau resort berupaya mencetus perasaan senang lantaran terasa seperti disambut keluarga sendiri. Bermula daripada konsep layanan tersebut, sebarang tawaran aktiviti bernilai tambah tentunya menjadi lebih mengujakan. Perasaan seronok seperti itu ternyata dapat dirasai di Awana Porto Malai Langkawi (APML), Pulau Langkawi, Kedah kerana sambutan mesra tersebut dipraktikkan penuh gaya oleh para petugas barisan hadapannya. Di sebalik keunikan seni bina inspirasi Mediterranean di unjuran Tanjung Malai itu, ada faktor manusia yang menggamit perhatian tetamu. Senyuman, bimbingan dan tunjuk arah yang diberikan para petugas hotel sejak dari laluan masuk ke kaunter daftar hinggalah ke bilik penginapan membuatkan seseorang tidak sabar untuk meninjau kemudahan lain dalam perimeternya. Penginapan Sebanyak 209 un...