Nelydia Pengsan Dalam Kubur
Assalamualaikum PERNAH tidak sedarkan diri selama beberapa jam, diusung keluar dari kubur oleh 10 hingga 12 orang kru pada pukul 12 tengah malam bagai satu igauan buat Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen. Ketika kejadian itu berlaku, dia berada di sebuah kawasan perkuburan Islam di Melaka kerana terbabit dalam penggambaran drama seram, Puaka Tanjung Bunga. “Kawan-kawan beritahu, saya tidak sedarkan diri dan berkelakuan pelik sebaik dimasukkan dalam kubur. Kepala saya dikatakan berpusing ke belakang dan saya sendiri menghentak-hentakkan kepala ke tanah. “Kru yang angkat saya mengakui, tubuh saya sangat berat sampai kena usung oleh 10 hingga 12 orang. Saya sendiri tak sedar apa-apa tetapi setelah diubati seorang pakar, keesokan harinya, saya boleh berlakon macam biasa. Mungkin saya jenis lemah semangat lagipun ketika itu saya didatangi haid,” ceritanya yang lebih mesra dibahasakan Nely tentang pengalaman menyelesaikan drama seram yang mula disiarkan di TV9, pada Rabu lalu. Men...