Raja Perlis Mahu Mahasiswa USM Kuasai Ilmu
Assalamualaikum PULAU PINANG - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan graduan supaya menguasai ilmu pengetahuan kerana ia penting kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara. Baginda yang juga Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bertitah, menerusi penguasaan ilmu pengetahuan akan menjadikan seseorang itu lebih baik dan seterusnya menjadikan masyarakat lebih sejahtera. "Melalui ilmu pengetahuan, kita mampu mencipta sebuah kegemilangan akan tetapi kegagalan menguasai ilmu pengetahuan akan membuatkan sesebuah kegemilangan hancur sekelip mata," titah baginda pada Upacara Konvokesyen ke-45 USM di Dewan Tuanku Syed Putra di sini semalam. Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. Tuanku Syed Sirajuddin juga mengingatkan graduan supaya menghargai pengorbanan ibu bapa walaupun telah berjaya. Baginda bertitah, adalah penting untuk setiap orang mengamalkan budaya timur dan nilai kekeluargaan bagi men...