Edisi Terbaek Punye!!! Tam Spider Bakal Wat Konsert Solo
Assalamualaikum TAM akan muncul solo tanpa ahli kumpulan Spider? Itulah yang akan cuba ditampilkan Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 39, apabila bakal muncul solo tanpa ahli Spider yang lain pada tahun ini dengan membawakan imej dan genre muzik yang baharu. Tam juga akan tampil dengan sisi yang cukup berbeza berbanding ketika bersama kumpulan Spider dahulu. Persoalan yang bermain di minda, kenapa Tam mengambil keputusan bergerak solo? Adakah kerana sambutan terhadap grup itu yang hampir tidak dipedulikan telah membuat Tam mengambil keputusan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi secara solo. Bertemu dengan lelaki yang tak makan dek usia itu di Studio Luncai Emas milik Datuk M. Nasir di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini, Tam mengakui, keputusan untuk bergerak solo bukan kerana perbalahan yang berlaku di antara dirinya dengan ahli-ahli Spider lain. Sebaliknya dia teringin untuk mencuba dan mengikut arus peredaran...