Edisi Terbaek Punye!!! Tam Spider Bakal Wat Konsert Solo
Assalamualaikum
TAM akan muncul solo tanpa ahli kumpulan Spider? Itulah yang akan
cuba ditampilkan Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 39,
apabila bakal muncul solo tanpa ahli Spider yang lain pada tahun ini
dengan membawakan imej dan genre muzik yang baharu.
Tam juga akan tampil dengan sisi yang cukup berbeza berbanding ketika
bersama kumpulan Spider dahulu. Persoalan yang bermain di minda, kenapa
Tam mengambil keputusan bergerak solo? Adakah kerana sambutan terhadap
grup itu yang hampir tidak dipedulikan telah membuat Tam mengambil
keputusan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai seorang
penyanyi secara solo.
Bertemu dengan lelaki yang tak makan dek usia itu di Studio Luncai
Emas milik Datuk M. Nasir di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini, Tam
mengakui, keputusan untuk bergerak solo bukan kerana perbalahan yang
berlaku di antara dirinya dengan ahli-ahli Spider lain. Sebaliknya dia
teringin untuk mencuba dan mengikut arus peredaran penyanyi berkumpulan
yang bergerak solo seperti Awie Wings dan Amy Search.
"Saya sudah terlalu lama dengan Spider. Teringin juga nak ikut arus peredaran seperti artis berkumpulan yang bergerak solo.
"Saya ambil keputusan bergerak solo ini bukan mudah. Kena fikir semua
aspek. Saya tahu banyak cabaran baharu yang perlu ditempuhi dan banyak
juga benda baharu yang perlu saya terokai apabila muncul solo tanpa ahli
kumpulan kelak," ujarnya yang sudah mengumpul lagu-lagu yang bakal
dimuatkan dalam albumnya nanti.
Ditebak soalan sama ada dia akan membawa genre rock seperti yang
dibawanya bersama Spider, Tam yang juga merupakan penggubah lagu itu
masih tidak tahu genre muzik apa yang akan dipilihnya.
"Lagu sudah ada cuma kena pilih sahaja tetapi sehingga kini saya
masih tidak tahu genre apa yang harus dipilih. Apa yang pasti,
kemunculan solo saya nanti adalah berbeza sama sekali dengan diri saya
semasa dengan Spider," ungkapnya yang gembira kerana rakan-rakan di
dalam Spider memberi sokongan penuh kepadanya untuk muncul solo.
Malah celah Tony, Napi dan Ayie ketika Tam ditemu bual Kosmo!, mereka tidak sabar melihat Tam muncul solo nanti.
Comments