Edisi Terbaek Punye!!! Hotel Sedia Kerjasama Bagi CCTV
Assalamualaikum
KUANTAN - Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang
menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan
berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk
menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan
kepada pihak berkuasa.
Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah
memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan
polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan
berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.
"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.
"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami
akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.
"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan
yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu
menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.
Comments