Skip to main content
Depression: Siapa Bilang Tak Boleh Lawan
- Assalamualaikum -
Aku faham dengan sesetengah orang yang alami depressed. Aku pon pernah alaminye juga. Boleh dikatakan aku pernah dengar suara lain la yang menyuruh buat sesuatu. Bukan sedikit, tapi boleh katakan banyak kali juga la. Masa memasak la, masa bawa motor la, masa potong kuku la dan banyak lagi. Tapi aku dapat fight sebab banyak bende lagi buatkan aku fikir balik kalau aku buat bende tu semua. Not enough strong depression? Maybe la. Tapi aku boleh lawan balik sebab aku fikir Allah dan azabnya.
Aku takut azab Allah. Sebab tu aku boleh fight. Aku lawan sebab Allah bagi kau peluang hidup dan menikmatinya tapi kau dengar suara tu bagi arahan dekat kau iaitu jins. Kau ingat kau mati kau akan tenang? Silap. Banyak dugaan kau akan tempuh. Tapi boleh jadi jins akan menarik kau jadi pengikut dia. Nak fight tak boleh sebab iman tak kuat? Sebab tu kau diberi peluang hidup. Hidup dan terus menyembah Allah. Bersyukur atas nikmat Allah berikan. Apa lagi yang kau cuba lakukan bila kau dapat nikmat tersebut? Tak kan nak sia sia kan pulak. Itulah ayat yang aku selalu cakap dekat diri aku kalau aku nk fight bende tu. Aku ada banyak lagi aku tak dapat buat lagi. Sebab tu bagi aku fight tu pilihan aku walaupon aku tau aku tak kuat. Tapi aku cuba.
Last 2 year lagi la banyak aku dengar bende tu semua, tapi aku tak ikut. Aku fight. Semua orang boleh buat kalau dia selalu ingat pada Allah. Melainkan bila tiba ajal nanti. Bukan ajal yang ditarik sendiri tapi ajal bila malaikat maut yang datang nanti.
Comments