Posts

Alhamdulillah Dia Okay Dah

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan hari ni dia masih tak okay lagi. Aku almost give up bila dia macam tak ada mood dengan aku. Yela. Aku dah puas pujuk dia. Tapi macam tu jugak. Tapi mungkin berkat dia berpuasa, dia dah boleh berpuasa kot, dia terus okay. Hari ni banyak pulak dia membalas. Biasanya aku cakap berpatah patah, dia jawab sepatah je. Aiyooo. Tapi hari ni, Alhamdulillah dia dah okay. Mungkin sebab dia berbincang pasal pernikahan kami kot yang buatkan dia mula bercakap banyak. Ada juga yang dia ungkit sebab belah perempuan kene buat banyak bende. Tapi aku cakap belah perempuan kene buat majlis sebab kene hebahkan dekat orang. Supaya belah perempuan tidak akan kene fitnah dengan orang sekeliling. Yela. Orang tak tahu anak dara si pulan ni dah kawen tapi duduk dengan lelaki bemesra bagai. Kesian dekat orang tak tahu cerita, tak pasal pasal mereka menyebarkan cerita palsu dan fitnah. Habis semua dapat dosa. Belah lelaki, andai dia tak mahu buat kenduri, tak apa. Buat je la doa sel...

Still Failed To Talk With Her

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu apa yang patut nak katakan. Aku dah pon datang ke rumah dia ari tu. Tapi still dia tak boleh pandang muka aku. Cakap pon slow je. Padahal aku dekat je. Lagi dasyat, panjang aku cakap, sepatah yang dibalasnye. Bila ditanya, aku ada buat apa apa yang salah dekat dia ke apa apa ke. Dia kata tak ada. Bila aku mintak maaf kalau aku buat salah apa apa, dia cakap aku tak ada buat apa apa. Tapi bila aku dah buntu sangat, Alhamdulillah. Aku minta pendapat daripada seseorang. Someone we all know. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. Aku ceritakan pada beliau tentang masalah aku dan aku tak expected sangat beliau balas sebab aku bukan siapa siapa pon. Tup tup beliau membalas apa yang aku tanyakan.  Actually aku excited juga apabila Dato’ balas mesej aku tu. Aku cuba cakap proper dengan Dato’ since aku tak pernah cakap dengan sesiapa yang pangkat terhormat macam tu. Tapi bila beliau balas, Alhamdulillah lega sikit. Tahu la aku ikut cakap beliau. Insya’allah ak...

Ingatkan Prank, Rupenye Serius

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan tunang aku sengaja tak nak balas mesej call aku. Aku ingatkan dia sengaja nak membuli aku. Yela. Dia kuat gila kut buli aku kadang. Walaupon aku lelaki, ada aja yang dia nak buli aku. Tapi pagi tadi dia bagitahu aku yang dia betul betul annoying dengan aku. Waktu tu aku ingatkan dia masih nak kenekan aku. Lama ke lamaan tu, aku rasa dia betul betul annoying dengan aku. Puas aku fikir apa masalah aku sampai buatkan dia annoying gila dengan aku. Aku rasa masa balik hari tu lepas hantar borang dekat dia, okay je. Tapi esok tu terus mood ke laut. Dah kenapa. Fikir fikir apa silap aku dekat dia, aku pon tak tahu. Ke sebab aku kurang mesej dia? Call dia? Mustahil la pulak. Biasa kurang mesej dia pon sebab dia busy. Aku tahu waktu dia. Dia tahu waktu aku. So part mana lagi yang kurang? Tup tup tahu tahu je, dia dah annoying dengan aku sejak ari selasa. Pulak dah. Bukan tu je. Dengar motor aku pon tak boleh. Aku nak datang senyap senyap esok ni pon buatkan aku...

Kene Berpuasa Ke

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu la nak kata apa pasal bende ni. Tapi yang pastinye kan. Aku merasakan tunang aku ni sedang buli aku ni. Bukan apa. Macam payah pulak aku nak dapat mesej daripada dia. Jangan kata mesej, call pon tak boleh. Dia tak bagi aku nak call dia langsung lagi lagi sejak aku bagi borang nikah part lelaki. Emm. Ke sebenarnye tunang aku ni sedang buli aku ni? Ye la. Dia kuat gile kot membuli aku. Serius wei. Geram kadang. Bukan aku tak nak membalas. Dia ni mudah gile merajuk. Sebab tu aku malas nak balas balik. Bukan tak pernah aku buat, pernah je. Tapi lepas tu 3 hari aku kene pujuk. Gurau je pon. Geram je aku dibuatnye. Mujur aku ni kuat menyabar. Kalau tak, tak tahulah aku nak kata apa nanti. Tapi tadi kan, bila aku cakap aku nak call, dia kata tak boleh. Lepas tu dia cakap sabarlah, lagi dua bulan je. I know that facts. Tapi ye la. Aku rindu kot nak dengar suara dia. Hahaha. Tapi itulah, bulan 10 lambat lagi. Nak tak nak, kenelah aku bersabar. Apalah nasib aku....

If I Do Wrongly I’m Sorry

Image
- Assalamualaikum - Aku minta maaf sangat sangat sesiapa yang dulunye mencari blog aku dari profile aku dan sekarang dia tak jumpa dah blog aku. Aku hidden daripada orang. Bukan apa, aku rasalahkan macam mana orang jumpa blog aku tanpa diberitahu yakni orang yang aku kasihanilahkan, aku rasa dia cari by my name. Taip je nama aku, mesti jumpa semua details diri aku. Easy. Lagi lagi bila dia tekan dekat profile aku. Lagi senang jumpa. So aku pon baru tahu macam mana nak hidden semua tu lepas sekian lama aku main blog ni. Hahhaaha. For other people yang tahu story aku ni, mesti tahu kan aku dah nak kawen, bulan 10 ni je pon. Ramai kot yang nak kawen by same date. Ten Ten. Ada apa dengan tarikh tu ek? Aku kawen bulan tu pon sebab tunang aku yang pilih tarikh tu. Aku follow je. Bagi aku, lagi cepat tarikh nya, lagi bagus. Sebab bende yang baik harus diselesaikan. Lagi lagi bila aku dah setel part isi borang aku. Alhamdulillah. Sekarang ni tunggu bahagian perempuan pula. Tapi yang aku risau...

Saka Dalam Keluarga Dia

Image
- Assalamualaikum - Aku rasa aku baru teringat satu cerita mengenai saka. Tapi saka ni bukan ada dalam keluarga aku tapi dalam adik beradik ayah aku. Kebetulan pula tadi lepas maghrib, akak aku dekat bangi ada cakap nanti ayah aku nak datang sana nak jumpa adik beradik ayah aku dengan ustad sekali. Sebab nak check sebenarnye saka tu ada dekat siapa. Sebab akak aku cakap ayah aku bagitahu, anak mak lang aku kene rasuk dan bini dia kene cakar. So tiba tiba muncul story ni dalam kalangan adik beradik ayah aku. Dulu sebenarnya ayah aku ada nak bincang dengan dia orang pasal bende ni tapi semua buat buat tak tahu. Bila kene dekat anak dia, baru nak sibuk pulak. Adess. Tapi kan aku teringat cerita dari akak aku yang duduk serumah dengan aku. Akak aku cakap tahun lepas akak aku ada nampak monyet besar dekat blok sebelah aku. Blok A. Akak aku cakap monyet tu besar. Tapi masa tu, tak teringat pon pasal saka ni. Tapi kan bila teringatkan cerita ni semula, aku rasa saka keluarga ayah aku ni, ten...

Laki Salah Pompuan Betul

Image
- Assalamualaikum - Akhirnye hari isnin iaitu hari kelmarin aku give up juga. Nak tak nak aku mesej juga tunang aku walaupon aku tak bersalah. Tapi still kene mengaku juga salah aku. Geram juga sebenarnye kene mengaku salah sebab yang fikir bukan bukan tu bukan aku tapi dia. Tapi nak buat macam mana. Lelaki terpakse mengalah juga. Adesss.  Dah mengaku bersalah, boleh pulak dia cakap dah mula tawar hati dengan aku. Padahal aku yang sepatutnye marah sebab aku yang dituduhnye macam macam. Tapi kene juga brainwash otak aku yang aku ni bersalah. Puas juga fikir ayat nak pujuk pujuk dia. Ingatkan bila dah pujuk hari Isnin tu, selase tu dah okay, emm same je. Teruk juga. Mesej nye mula tak banyak. Tapi bila geng dia ajak bercuti, ceria bagai. Maklumlah kawan sekampung. Adesss.  Emm. Kejap lagi aku cuba lagi mesej dia sebelum aku nak pergi balik Labis dekat rumah mak long aku. Aku rase kang kalau aku mesej dia, yang dibalasnye mesti pendek. Ok itu je la jawapan aku dapat nanti. Tak a...

Still Berdiamkan Diri

Image
- Assalamualaikum - Aku faham gile bila perempuan merajuk, kalau dia nak berdiamkan diri untuk selama mana dia nak, dia akan buat. Dia tak kisah pon dengan lelaki yang dia sayang. Tapi dia akan kisah kalau lelaki tu curang dengan dia. Aku agak la. Tapi hari masuk hari ke 3 aku masih diamkan diri dan aku tak mesej mesej dia. Why? Diri aku masih sakit lagi akibat ape yang jadi tu. Tapi entahlah. Kalau dia masih berdiam lagi hari ni, emm jangan cakap la. Esok aku banyak kerja kot dekat office. Memang tak la aku dapat mesej dia. Tapi tak apa la, dia tak cari aku pon. Dia okay je. Hahaha. Haa. Malam tadi rumah dia ada BBQ, aku tak mesej dia pon yang aku tak datang sebab apa. Aku duduk diamkan diri je kerja aku. Tak mesej dia, tak call dia. Well, dia tak kisah pon. Walaupon dia yang invite aku, tapi dia tak pon mesej aku tanya aku dekat mana. Dah dua dua diam, so aku buat je hal aku. Main games la, tengok video la dekat youtube la. Macam macam lah. Whatsapp pulak, moment aku tu aku buat dek...

2 Hari Aku Diam

Image
- Assalamualaikum - Sejak aku berkenalan dengan tunang aku, sehingga hari ni, kalau bergaduh je, aku mesti setelkan dalam masa sehari je. Tapi kali ni, disebabkan kata kata dia buatkan aku sangat terasa, aku jadi marah gile. Tapi aku tak cakap dekat dia dan aku pilih untuk berdiam diri je. Tak mesej, tak video call , tak update ape ape dan hari ni rumah dia ada buat BBQ, aku malas nak pergi. Bukan apa. Kalau aku pergi pon, aku confirm akan awkward gile nanti. Mana tak nye. Okaylah bayangkan, lepas ape dia cerita dekat adik dia, lepas tu adik dia cakap macam aku tak tahu je akak dia kalau nak bercuti ke mana mana memang pakai duit simpanan dia. Tapi disebabkan adik dia tu ada cakap macam gaya buatkan aku sakit hati, aku jadi tak syok nak cakap dengan tunang aku. I know ianye masalah kite orang dan sepatutnye kite orang kene selesaikan sendiri. But thing is, why adik dia khabo gitu? Aku tahu dia nak aku tahu pasal tu. Tapi entah lah. Malas aku nak amik tahu. So aku patut setelkan hari n...

Tiba Tiba Krisis

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu nak cakap ape ni. Aku betul betul speechless dengan tunang aku. Aku tahu setiap kali dia bercuti dia pakai duit dia sendiri. Aku tahu dia kumpul duit sendiri. Aku tahu semua tu. Tapi tadi aku sengaja up status dekat facebook aku pasal mudah mudahan rezeki aku bertambah tahun depan. Lepas tu tiba tiba tunang aku mesej cakap dia dengan mama dia tak minta pon duit sesiapa untuk pergi bercuti bla bla bla. And then tiba tiba adik dia pon komen cakap bende yang sama. Damn. Terus aku gile gile bad mood. Aku tak ada mood langsung nak taip apa apa. Nak cakap apa apa pon aku malas gile. Last last ape aku buat, aku malas nak cari pasal, aku terus unfollow dia punye facebook and mute whatsapp. Tu cara paling mudah untuk aku nak elak bergaduh dengan orang. Mute. Dia tahu kot aku satu satunye orang yang tak boleh cakap bende yang betul sebab aku ada istilah mulut masin yang buatkan aku tak berani nak cakap apa apa. Ape yang aku cakap, ianye jadi sebaliknye dekat aku...