2 Aplikasi Movie

.
.
- Assalamualaikum -
.
.
Orait guys. Aku ada 2 aplikasi android yang mana kalau yang ada data banyak sangat tu tak tau nak menghabiskan data, elok la guna aplikasi ini. Tapi maaflah sebab aku ni user android. Bukan user ios. So aku tak tau la ada ke aplikasi ni untuk ios. Maybe ada la kot. Aku tak nak tolong carikan. Aku bukan rasis dengan user ios. Tapi apa guna kalau ada handphone yang canggih tapi tak nak pergi cari. Cuma boleh je tanye kalau nak tanye la.
.
.
Pada aku sejak aku guna 2 aplikasi ni, aku rasa best pon best. Seronok jugak. Sebabnye dalam aplikasi ni korang boleh cari cerita korang nak. Tapi aku nak ingatkan la. Bukan semua aplikasi yang aku bagi ni sempurna ek. Tapi ada juga masalah dia. Tapi tak apa. Masalah tu ketepikan. Yang penting kita dapat cari cerita yang kita nak tengok tu.
.
.
1) TerrariumTV
Dalam aplikasi ni korang boleh tengok tv series and movies. Yang menariknya, korang boleh juga cari cerita apa jua yang korang nak. Tapi more to english la. Ada je cerita melayu kalau cuma more to movie la. Aku ada je cari cerita Ejen Ali. Jumpe je, cumanye tak dapat nak cari sumber cerita dari mana. Tapi itu lah problem aplikasi ni. Tak perfect. Sorry guys. Tapi good news, dalam aplikasi ni, developer selalu je update cerita dalam aplikasa mereka. Don't worry. Macam cerita COCO tu. Banyak pilihan kan korang boleh pilih mana satu server korang nak tengok. Lepas pilih tu, korang boleh jugak pilih untuk nak subtitle apa. Semua tu ada disediakan dalam tu juga. Bukan setakat nak tengok je, korang juga boleh download jugak. Haha. Amacam. Okay?
.
2) Freeflix HQ
Seperti TerrariumTV, aplikasi ni juga menarik. Tapi tidak seperti TerrariumTV, aplikasi ni sebenarnye lagi menarik sebabnye korang boleh tengok Anime. Malahan gambar yang dipaparkan pun cukup menarik. Dan juga ianya banyak lagi pilihan korang boleh pilih seperti dalam gambar. Cuma maaflah aku tak screenshot banyak. Tunjuk sikit pon boleh la kan. Tapi kan maaflah aplikasi ni tak akan dapat cari cerita cerita melayu. Bukan cerita melayu je yang tak dapat cari, ada je cerita lain yang tak dapat cari. Tapi tak apa la. TerrariumTV kan ada. Boleh tolong. 


.
.
Maaf sebab tak banyak gambar. Sebenarnye ada je lagi. Tapi yang menariknye bagi aku 2 aplikasi ni. Sebab dah pon lengkap kalau aku nak tengok cerita. Kalau tak ada, aku mencari online la. Sebab tak semua aplikasi yang dibina semuanya sempurna. Tak pon. So apa lagi. Jom tengok cerita. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas