Your Word My Word 😏



- Assalamualaikum-


Aku pernah cakap dengan kawan kawan yang mengenali aku sebelum ni, aku akan jadi lain lepas satu kejadian berlaku antara aku dengan kawan aku tu. Cara aku borak dengan kau, cara aku bergaul dengan kau, atau apa apa berkaitan antara aku dan kau akan berubah bila ada berlaku situasi yang tidak menyenangkan sudah berlaku antara persahabatan kita. Boleh nak ada perasaan tak suka tu, tapi jangan tunjuk dekat aku. 100% aku akan berubah. Kawan tetap kawan tapi aku yang berubah kalau aku yang perasan dulu. Bukan aku benci kau kawan, tapi aku akan cuba jarakkan cara pergaulan kita. Aku memang akan buat. Serius.


Aku ada juga cakap dekat kawan perempuan yang aku rapat dengan kawan biasa biasa aku. Pergaulan aku dengan orang yang aku rapat, dia tau aku punya sifat bergurau bercakap berlainan daripada kawan biasa. Aku senang nak bergaul dan susah nak rapatdengan orang yang bukan sekepala dengan aku. Aku sangat hargai persahabatan antara kawan kawan aku. Tapi bila aku dah tak tegur tu, ada kemungkinan aku dah berubah atau pon aku busy. Ibarat call dengan message, aku lagi rapat dengan orang aku selalu call daripada message. Sebab kalau selalu message dan tak pernah call, aku anggap tu kawan biasa je. So tak ada masalah. Kawan rapat, bukan everyday aku call pon kan. Ada masanya aku akan borak. Kalau dah jarang sangat tu, maaflah ek.


Aku mudah je nak rapat dengan orang sebenarnye. Tapi aku susah nak lepaskan perhubungan persahabatan tu. Biasalah kawan kan. Kawan rapat ni, boleh lepas segala buruk kau tu tapi kawan biasa ni, setakat jaga perasaan dan cakap biasa biasa je la. Bergurau ada la juga, cuma kureng laa. Konsep sama je aku guna dalam life percintaan aku, cumanya yang lain tu, sebab ada bende yang aku tak suka je la yang berlaku. Jadi lepas tu bukan aku tak nak message, tapi aku jaga batasan aku dengan orang tu je. Sebab prinsip aku, nak berkawan, kawan la. Biar rapat pon bagus, tapi kalau ada berlaku kebencian tu, jarakkan perhubungan tu supaya tiada apa apa pergaduhan berlaku. Sebab aku benci gaduh. Nak hina nak marah okay je, aku okay je, but ada some keyword aku pegang dalam diri aku. Kalau orang dah mention bende tu dekat aku, maaf, aku tak layan dah. Sebab that word aku pegang sejak sekolah lagi. Dan ayat tu buatkan aku mudah benci orang tu. Senang cakap kerana ayat tu, aku jadi pembenci.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas