Sahur?



- Assalamualaikum -



Alhamdulillah. Sudah puasa ke 8 dah, masih mampu lagi jaga terawih dengan bangun sahur. Sebenarnye boleh katakan juga aku dah hampir give up sebab always kene bangun sahur awal sebab biasanya aku akan masak apa apa juadah untuk bersahur dari jam 4.40 pagi lagi. Bangun bangun je tidur tu, terus cuci muka then terus masak.


Masakan aku tak ada la pro bagai pon. Cukup ler boleh isi perut dengan menu simple aku tu. Satu ke dua menu biasanya aku akan masak. Kalau makan nasi putih, aku akan pastikan lauk tu akan ada satu lauk basah ataupon kalau tak ada pon, kicap pon okay. Dan yang paling simple nasi goreng, nak sedap, kene ada ikan bilis dan telur mata. Lepas tu laju je abis nanti. Haha. Air pulak, air bersusu je. Untuk tahan lama perut tu.


Tapi apa apa juadah pon, ada satu je menu mesti dan wajib ada. Kurma. Bukan sekadar kerana sunnah, tapi kerana kurma ni, bila kita makan tak kira berbuka ke ataupon bersahur ke, makanan tu boleh tahan sampai waktunya. Cume kene ingat, bukan kurma yang bagi tahan lapar tu, Allah yang berikan kenikmatan semua tu. Hehe. Ok lah. Nak kene siap siap. Dah la aku kerja sorang ni. Huhu. Confirm mengantuk. Huhu. Nasib ler.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas