Setel Hutang

 - Assalamualaikum -
Bulan ni adalah bulan yang aku agak happy sejak aku sudah setel hutang PTPTN aku. Walaupon nampak tak banyak, tapi aku bersyukur sebab aku tak berhutang dengan kerajaan. Hahaha. Alhamdulillah. Aku diploma je. Dan hutang aku 16k sahaja. Tapi rezeki yang Allah berikan pada aku, aku dapat setelkan hutang aku hanya 3 tahun lebih. Aku bukanlah anak orang kaya tapi aku sederhana je life aku ni. Tapi bagi aku, bila dah pinjam duit ptptn tu, mean aku hutang dengan kerajaan. Dah pinjam, bayarlah kan. Jangan bising nak mansuhkan. Kalau kerajaan umumkan yang bawah rm2000 tak payah bayar pon, hutang tetap hutang. Bayar je. Gaji aku bawah 1k pon aku mampu bayar lagi. Jangan berkira. Rezeki Allah itu luas. Bayar je.
Elehh kau, banyak duit boleh la. Hutang sikit je, aku lagi banyak daripada kau sebab aku amik degree. So hutang aku lagi banyak. Lagipon gaji aku sikit je. Bayar ni tu la, service kerete lagi. Duit makan minum lagi. Gaji aku bukan 2k pon.”


Macam yang aku katakan. Gaji aku tak banyak pon. Bawah 1k je. Tapi every month aku kekalkan rm200/bulan. Tu belom masuk sewa rumah lagi. Makan minum. Minyak motor. Service motor. Simpanan aku sikit je. Tapi rezeki Allah itu luas. Hari hari doa mintak dekat Allah supaya memudahkan rezeki kita. Tak kira degree ke diploma ke master ke. Kalau kau dah start meminjam daripada PTPTN, mean kau dah berhutang. Dan hutang mesti dibayar. Bersyukurlah yang PTPTN tu bukan Ahlong. Kalau PTPTN tu ah long, bye bye ur life. 
Lagi satu, banyak ke sedikit hutang kau, asalkan kau bayar, tak ada masalah la. Janji kau ada niat nak bayar. Tapi kalau setakat niat nak membayar tapi every month tak bayar bayar, lupakan je la. Hidup Ni kalau suka berhutang, lupakan je la. Buat susah je diri sendiri tu. Lagi satu, kalau dah mampu beli bende mahal, kalau tak mampu nak bayar hutang, lupakan je la life tu. Tak guna pon hidup dengan berhutang ni. Buang masa je. Adessss

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas