Sungguh Tak Sangka

- Assalamualaikum -
Ini story semasa aku di Labis pada hari Khamis 29hb November. Aku sangat mengantuk pagi tu sebab yela, aku start boleh tidur pon jam 4 pagi sebab kipas laju sangat dan sejuk gile pulak tu. Nak mintak selimut tak boleh sebab semua dah tidur masa tu. So aku pon tidur kat atas tikar beralaskan toto aku ni. Lepas tu barulah aku dapat tidur dan aku terjaga balik jam 6.15 pagi. Bangun bangun je aku terus segar sebab ini rumah mak long aku, tak kan lah aku nak sambung tidur balik kan. Malu aku nanti. Lepas solat subuh tu, aku pon terus mandi. Pehhh awal beb aku mandi. Hahaha. Tapi nak buat macam mana, rumah orang kan. Kene jaga imej diri. So mandilah awal. Lagipon masa ni mak long aku tengah masak sarapan. So memang patut pon aku kene siap awal awal. Hahhaa.







Lepas aku mandi, aku dah siap siap semua, aku pon duduk diluar rumah mak long aku, amik angin kejap dan main ipad ler. Hahaha. Tapi kejap je, sebab lepas tu aku dah follow pak long dan kak noor pergi pasal beli ikan dan sayur dan ayam yang dah order untuk rewang. Time beli ikan la aku tunjuk skill aku cari ikan yang better dan segar. Yela, takkan aku nak duduk tercongok tengok diorang beli kan. Masa ni la aku start guna energy aku. Habis setel beli ikan dan sayur, kiteorang pon pergi ke kedai sarapan kat luar. Tadi tak sempat nak sarapan lagi sebab tengah masak masak lagi. So ni sarapan aku makan simple je. Teh o panas dengan bubur nasi je. Cukup la ni sampai tengah hari, sebab aku bukan duduk melepak pon nanti, banyak kerja aku nak kene buat nanti. So setel makan semua, kiteorang pergi amik ayam pulak. Banyak gile. Tapi aku je la yang mengangkat. Aku kan lelaki dan aku banyak energy yang aku tak guna, lagipon aku dah cakap dekat diri aku sebelum sampai dekat rumah mak long aku, aku akan guna energy aku untuk angkat bende bende berat. Sebab aku tau aku kuat. Jadi aku kene buat kerja kerja berat.







Sampai je rumah, kerja pon dah start. Rewang pon dah start jam 9 pagi. Dasyat juga orang kampung mak long aku ni. Hahaha. Tapi sepanjang aku bantu bantu ni, ramai tengok aku, diorang asyik tanya siapa aku. Hahaha. Irfan ke ni? Aku pon pelik siapa irfan sebab aku tak kenal pon siapa dia. Last last mak long aku bagitau mereka semua yang aku ni anak cik niah. Panggilan mak aku la ni. Lepas tu diorang barulah kenal aku siapa. Tapi lepas dah kenal tu la, baru nenek nenek ni mintak aku tolong buat kerja berat berat. Aku buat je la. Kadang kadang tu, macam biasalah, joke tu kene buat. Untuk merapatkan hubungan sirahturrahim. Hahaa. So senang cite, aku pon busy sepanjang hari tu. Malam baru aku free. Dan malam tu la, baru anak mak long aku balik lagi sorang bersama dengan cucu cucu dia. Dan malam tu juga aku dapat tidur dengan selesa sebab ada selimut. Hahaha.





Keesokkan harinya, aku bangun lagi awal dan tapi fail solat di masjid lagi sebab aku bangun kali ni jam 6.30 pagi. Tapi kali ni lepas je solat subuh, aku keluar bawak pakaian mandi aku pergi masjid sebab tak nak berebut mandi. Lepas mandi dekat masjid, aku pon balik start buat kerja dekat belakang tanpa sarapan lagi masa ni. Sebab aku terus ke belakang dan buat la apa yang patut sampailah jam 8 lebih, ada nenek dah sampai rumah mak long aku dan aku pon bantu la apa yang patut. Tak lama tu, mak long aku nampak aku dan bising kat aku sebab aku tak sarapan lagi. Hahaha. Aku pon masuk rumah makan makan jap lepas tu buat kerja balik. Sejak datang dekat rumah mak long aku, aku tak makan banyak sebab aku tak perlu pon makan banyak sebab aku nak buat kerja. So aku makan sikit pon, mak long aku dah bising. Hahaha. So jadikan cerita, lepas makan tu, aku pon start busy bantu bantu. Dalam dalam buat buat kerja, tiba tiba ada suara dalam otak aku bersuara, “ kenapa aku rajin nak bantu keluarga mak long aku. Aku anak saudara mak long aku je kot.”. Aku fight kata kata tu sebab aku dah memang nak bantu mak long aku sejak aku datang Labis pon. So apa salahnye aku nak bantu. Lagipon mak aku pon suka aku bantu mak long aku dekat sini. So aku tak kesah. So jadikan cerita, kerja aku sepanjang hari just bantu bantu apa yang patut. Bila dah abis kerja, aku pon main la games. Petang sikit lepas asar, parent aku pulak datang. Aku pulak busy buat kerja. Sempat jumpa kejap. Tapi lepas tu aku buat kerja. Malam tu, adik aku ajak pergi masjid sebab dia nak guna wifi aku untuk main games. Dan aku, adik aku dan ayah aku iktikaf di masjid dan tidur dekat masjid.





Hari sabtu hari kenduri, jangan cakap, lepas sarapan, busy beb. Aku asik berlari lari depan ke belakang untuk bantu bantu angkat barang dan makanan ke meja orang nak makan. Bila orang dah datang, uishhhh terok beb. Lag lagi bila orang lepas makan tak reti nak buang sampah dekat mana. Walaupon sampah tu ada berdekatan dengan diorang. Adesss. Kelam kabut jugak la. Tapi jam 2 petang, aku stop sebab penat sangat dan aku nak solat zohor. Tapi sampai je masjid, tiba tiba aku sangat mengantuk tapi aku kuatkan diri sebab nak solat. Lepas solat baru aku tertidur sampai jam 2.40 petang dan cepat cepat aku balik ke kenduri tapi bukan untuk buat kerja, tapi untuk amik barang dekat ayah aku dan salam salam semua sebab aku kene balik selangor sebab nak kerja malam. Aku ingatkan aku balik tu segar betul. Tapi aku silap. Bila masuk je lebuhraya, aku mula mengantuk gile gile dan aku beberapa kali tertidur ayam atas jalan dan memori terakhir last buatkan aku tahan mengantuk, bila aku nampak lori betul betul depan mata aku. Lepas tu aku bawak motor aku masuk ke rnr air keruh untuk tidur kejap. Kejap sku tu tah berapa lama tah. Tapi lama juga la. Bangun tu aku terus pergi petronas, beli air kopi 2 tin. Lepas tu aku dah tak mengantuk dan aku terus balik. Sampai sampai je rumah, dah maghrib. Singgah masjid kejap, solat msghrib dan aku balik umah dan mandi. After that aku terus pergi kerja. Hahaha. Dasyat perjalanan aku masa tu. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas