Posts

Ribuan Ikan Mati Serentak

Image
Assalamualaikum Banyak betul ikan ini mati. Bukan setakat 10 ekor malah berpuluh ribu ekor dilihatnya. Apa punca perkara ini berlaku? Ada yang mengatakan saintis yang melakukan perkara ini. Bagaimana? Itulah yang menjadi tanda tanya Hackers mengenai perkara ini. Difahamkan, ikan ini mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam air. Mungkin juga terdapat bahan kimia dilepaskan ke dalam air. Pihak berkuasa bertungkus lumus membersihkan perairan ini dengan cepati. Jika lambat, pastinya tempat tersebut menjadi hanyir dan berbau busuk. Tapi tengok ikan ini sama aje kan? Spesies apa ini ye? Sumber: terowonginformasi.blogspot.com

Tahan Lapar Lagi..grrrr

Image
Assalamualaikum adehhhhhh..huhuhu...aku memang tak dapat tido lagi nie..adehhhhhhh..boleh pecah pale aku camnie.. nasib baek ari nie tak ada Paper Final Exam pon..kalu tak..mampui aku ari nie.. makin lewat aku tido kadang kan, aku rase badan aku macam makin naek je...nak cakap makan banyak, sorry laaa..memang tak dapat der..se ari 1 kali je kot aku makan..adehhhhhhh... tapi nape aku rase berat aku macam da bertambah nie...huhuhuhuhu...da la..pale aku da naek sakit nie.. masok tido la..huhuhu

Penemuan Baru..Ketam Ungu

Image
Assalamualaikum Empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu ditemui di kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology. Ketam itu ditemui oleh satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik Hendrik Freitag dari Muzium Zoologi Senckenberg, Jerman. - Hello...saya Ketam Ungu - Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai. Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok. Sekumpulan saintis mula melakukan penyelidikan tentang ketam di kawasan yang sama pada tahun 1980-an. - hey..ape korang tengok tengok tue haaaaaa - - wahhhhhhh...muaahahahahahha....seram tak muke aku nie..muaaahahahhaha - - lalalallala..best nye mandi kat pantai tadi...lalalalalala - - ahhhhhhh..licinnye batu aku nak mendaki nie..haiiiyaaaa - - huh huh huh.. akhirnye sampai jugak aku..huh huh huh - - syhhhhhh..senyap senyap..agak agak...

Tips Tarik Pembace Datang Ke Belog Kite

Image
Assalamualaikum kadang kadan kan kite bile berblogger nie kadang kite selalu amik mudah je..ye la..bagi seseorang tue kadang bile berblogger, dia ikut kepale dia..maksud aku kekemasan blog dia dan tulisan yang digunakan..ehhhhhhh...jangan marah....aku pon masih amatur lagi sebenarnye nie walaupon aku da berblogger sejak tahun 2009 lagi..tapi aku tau la sebab aku pon penah gak wat kesilapan yang same mase aku berblogger dulu..so ari nie, aku nak berkongsi dengan korang tips tips camner korang nak tarik ramai pembace suke kat entry korang tue..  Gambar Buat pertamanya, kita mulakan dengan tips ARTIKEL BERGAMBAR mampu tarik pembaca..Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat dan sikap malas lebih-lebih lagi malas membaca..cuba kita lihat masyarakat cina dan omputeh..jarang sekali kita melihat mereka tanpa buku ataupun sebarang bahan bacaan..setiap kali melihat mereka sama ada di restoran, kedai-kedai, shopping complex dan macam-macam lagi..ditangan mereka pasti akan ada b...

Seloka Buat Wanita: AuratMu MahkotaMu

Image
Assalamualaikum Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau keras hati gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'. Berbaju kurung bukanlah mengurung Lebih elok jubah jika direnung, Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nak bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat. Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat. Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung,Mata memandang ketiak sepe...

Tiga Tahun Tinggal Bersama Tanpa Nikah, Seorang Anak

Image
Assalamualaikum Gambar Hiasan KAJANG: Selepas tiga tahun memperdaya jiran sekeliling dengan berlagak seperti suami isteri, sepasang kekasih yang rupa-rupanya bersekedudukan hingga mendapat seorang anak ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Taman Taming Jaya, di sini, semalam. Penahanan pasangan kekasih berusia 21 tahun pada jam 5.30 pagi dan penguat kuasa Jais turut dibantu ahli jawatan kuasa masjid serta seorang anggota polis. Menurut sumber, selepas sekian lama tinggal serumah tanpa nikah pasangan itu didapati melahirkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. “Serbuan dilakukan selepas pihak masjid menerima aduan daripada orang awam. Sebaik menerima aduan, jawatankuasa masjid segera menghubungi Jais dan polis bagi melakukan pemeriksaan. “Selepas hampir 30 minit mengetuk pintu rumah berkenaan, baru suspek lelaki membuka pintu dan pemeriksaan lanjut mendapati ada suspek wanita di rumah itu serta seorang kanak-kanak lelaki berusi...

Pocong Muncul Di Dataran Merdeka

Image
Assalamualaikum Inilah dia hantu pocong yang dimaksudkan..baru saja sebentar tadi lebih kurang sejam setengah yang lalu member bob ronda-ronda KL. Singgah la Dataran Merdeka, sedihnya ada lagi puak-puak mahasewel ni. Suara majoriti mahasiswa yang kononnya diaorang bawakan, tapi kenapa kurang 30 orang jer?? Yang dengar pun bukan masyarakat yang datang situ untuk dengar, tapi puak-puak depa sendiri. Macam cakap sorang-sorang la der... Ha ha ha Yang sedihnya  member bob   cakap dia  lihat keadaan mereka dah memang tak terurus, macam orang tak siuman pun ada. Dah macam tak ada rumah dan keluarga budak-budak ni. Memang patut pun mereka ini digelar  MAHASEWEL . Buat kerja tak berfaedah, bercakap caci mencaci, maki hamun, fitnah memfitnah dan lebih hebat lagi cakap tanpa fakta. Bercakap pun terketaq-ketaq, tergelak member bob tengok tadi... bob masih ingat lagi sorang mahasewel bercakap "Saya 4 tahun ambil ijazah tapi bila habis kena bayar hutang bany...

Bagai Puncak Dunia

Image
Assalamualaikum Keinginan mendaki semakin membuak-buak, apatah lagi saya sudah lama 'gelisah' kerana tidak mendaki gunung sejak tiba di Perth pada September tahun lalu. Di Malaysia, saya kerap mendaki bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Bagi saya, ia satu keinginan yang perlu dilunaskan. Setelah menyampaikan cadangan di laman sosial  Facebook  GEBA GEKA (Geng Basikal Geng Kayak), sebuah kelab rekreasi pelajar Malaysia di Perth, saya berjaya mengumpul empat individu iaitu Syafiq Afifi, 22, pelajar tahun akhir pengajian Geologi; Faridah Ridzuan, 26, pelajar tahun akhir program ijazah doktor falsafah (PhD) Sains Komputer dan Dr. Anisa Aisya Abu Baker, 33, seorang pakar anesthesia. Banjaran Stirling atau Koikyennuruff terletak kira-kira 337 kilometer (km), tenggara Perth. Trek perjalanan di banjaran itu merupakan salah satu daripada tarikan utama yang dinamakan ' toptrails of Western Australia '. Terdapat lebih 10 gunung yang boleh didak...

Penerokaan Extreme Gua Batu Maloi

Image
Assalamualaikum JIKA dilihat dari sudut geografinya, Gua Batu Maloi terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Penulis berpeluang merasai sendiri cabaran penerokaan Gua Batu Maloi menerusi program yang dianjurkan oleh Zainul Fikri Mohd Idris, 33, bersama 28 peserta lain. Sebelum memulakan aktiviti penerokaan gua, kami diberi taklimat ringkas serta panduan oleh penunjuk arah, Nazri Mohd Bellango, 55. Kami diminta memasukkan barang berharga ke dalam beg kalis air kerana hampir 80 peratus laluan adalah kawasan berair. Sumber air itu adalah dari Gunung Datok yang mengalir turun melalui rekahan batu dan dinding gua. Untuk melepasi segala bentuk halangan dan cabaran yang tersedia menanti di dalam gua ini, kami perlu merangkak, mengiring, memanjat serta menuruni batu-batu sungai yang licin. Ada ketikanya kami terpaksa menyelam sambil berjalan selama beberapa saat di dalam air! T...

Gua Damai Tempat Extreme Terbaek

Image
Assalamualaikum JIKA anda impikan sebuah ekspedisi mencabar tetapi tidak sanggup merentasi padang pasir Sahara ataupun mendaki ke puncak gunung Everest, bolehlah merancang ataupun bermula di lokasi Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor. Sesuai dengan namanya sebagai taman ekstrem, Gua Damai kini dibuka kepada pengunjung yang ingin mencabar perasaan gayat dan darah gemuruh ketika menyertai aktiviti yang melibatkan ketinggian. Namun setelah mencubanya, anda pasti tidak lagi ‘ketar lutut’ ketika berhadapan dengan halangan yang memerlukan anda mencabar kebolehan diri sendiri. Selain terkenal sebagai lokasi trek semula jadi untuk aktiviti memanjat tebing (rock climbing), Gua Damai turut menawarkan aktiviti sukan ekstrem yang lain seperti flying fox, abseiling, jelajah gua dan merentas hutan. Cabaran penuhi kepuasan Baru-baru ini, penulis dan beberapa rakan media dijemput mengunjungi lokasi ini bagi mencuba cabaran yang disediakan. Aktiviti ini turut ...