Sebab Mr. Arrogant Di Siarkan Waktu Maghrib


ari nie usai saje solat subuh dan mengaji, aku on kan laptop aku dan membaca surat khabar.. alaaaa.. online je.. tapi banyak gile cerite cerita tentang bola.. aiishhhh.. aku da la tak suke tengok bola.. buang mase je ada la.. adessss.. tapi kan mase aku membace berita kat METRO, aku terjumpe berita tentang kenape cerita Mr. Arrogant nie disiar kan pada waktu maghrib..

"Kuala Lumpur : Penetapan waktu tayangan drama bersiri popular, Love You Mr Arrogant menerusi slot Akasia jam 7 hingga 8 malam mengikut permintaan penonton sendiri.
Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 Sherina Nordin berkata, berdasarkan kajian dilakukan terhadap slot Akasia pada waktu berkenaan terbukti mendapat respons menggalakkan walaupun timbul dakwaan terbaru yang mempertikaikan slot berkenaan mengganggu urusan ibadah penonton Muslim.

“Pada awal slot Akasia diperkenalkan ia disiarkan pada jam 6 hingga 7 malam dan kemudian kami mengubah waktu siaran slot itu ke jam 6.30 hingga 7.30 malam.
“Kemudian kami mendapat banyak permintaan untuk meletakkan slot Akasia pada jam 7 hingga 8 malam kerana memberi kesempatan kepada penonton pulang ke rumah sebelum bermulanya drama itu.

“Terbukti dengan perubahan itu, kadar purata bilangan penonton meningkat secara mendadak. Ia bermaksud penonton lebih selesa dengan perubahan waktu siaran ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan stesen itu dikeluarkan sebagai respons kepada luahan sebahagian penonton yang mendakwa waktu penyiaran drama bersiri itu tidak bersesuaian kerana mengganggu waktu ibadah penonton Islam.
Sherina berkata, stesen itu menawarkan pilihan waktu ulangan menonton kepada sesiapa yang terlepas menyaksikan program kegemaran pada waktu siaran berkenaan.

“Kepada sesiapa yang tidak berkesempatanmenonton drama kami atas sebab tertentu, mereka boleh mengikuti drama itu di www.tonton.my sejurus selepas tayangan drama itu habis ke udara di televisyen.
“Malah, kami mengambil inisiatif mengadakan siaran ulangan terutama drama kami yang mendapat jumlah penonton yang tinggi pada waktu siang iaitu jam 11 pagi, 5 petang dan jam 1.30 pagi, untuk memberi peluang kepada peminat yang terlepas menonton drama kegemaran mereka,” katanya.

Katanya, drama 26 episod arahan Eoon Shuhaini itu mencecah kadar purata bilangan penonton 3.5juta setiap episod sejak disiarkan 25 September lalu. - MyMetro 
"

ps: nie la punce kenape anak melayu sekarang makin ramai tinggalkan solat.. tak ada waktu laen ke nak wat selaen waktu solat maghrib nie.. kalu waktu solat maghrib macam solat zohor tak pe la jugak.. adesssss...

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks