Muhrim Dan Mahram

Zaman kini ramai yang tidak tahu apakah maksud muhrim dan mahram. Kebanyakkan sentiasa tertukar, apakah yang dimaksudkan dengan mahram. Apakah maksud muhrim. Dalam wikipedia sekali pun, kalau kita google. Maksud muhrim dan mahram di sama ertikan walhal muhrim berbeza dan mahram berbeza.


Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Manakala mahram pula bermaksud :

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.




Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat. Ubah ayat kita dengan penggunaan perkataan muhrim dan mahram yang baik. Contoh yang boleh diberi.

> Memegang babi adalah jauh lebih baik daripada memegang tangan bukan mahram.

> Orang muhrim tidak dibenarkan menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita, memakai pakaian berjahit bagi lelaki, memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan, memakai minyak pada rambut dan janggut, mencabut bulu atau rambut dan badan, memotong kuku, membunuh binatang buruan, bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat, jimak (bersetubuh), melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah) ketika berihram.  


Jelas? Selamat mengaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh