Posts

Asyik Cancel Jer ( Panjang Tau )

Image
- Assalamualaikum - Maaf lambat. Hari tu lepas balik daripada rides, aku sangat sangat penat. Mana tak nye weiii. Daripada selatan ke utara lepas turun balik tapi tak jauh la. Lepas dalam perjalanan balik, kene naik balik. Then lepas tu baru lah aku balik rumah. Serius penat weiii. Tapi yang sangat memenatkan bila apa yang kau plan dengan kawan, plan tu tak jadi pulak buat. Pulak dah. Tapi serius. Seminggu sebelum tu memang dah rancang habis nak ke sana. Ke Kari Kambing 40 Hari dekat Yong Peng. Tapi yela. Motor aku ni cc nya kecik, tak besar. So lajunye pon tak seberapa la sangat berbanding cc yang besar. Jadi kelajuan tu tak seberapa dengan aku ni yang baru upgrade cc motor aku, jadi walaupon dah pulas abis, kelajuannya mampu pergi setakat 150 ke 160 km/h. Tapi motor yang cc tinggi daripada aku, tak perlu cakap la. Mereka bawa 190 km/h sampai hilang aku kat belakang dibuatnya. Tapi lepas tu dia perlahan balik dan stop tepi. Berhenti dan bincang balik sama ada nak t...

Mari Mari Ride Weii

Image
- Assalamualaikum - Pagi ni aku akan travel naik motor aku ke kluang. Ke sebuah tempat makan yang agak femes. Orang johor mesti tahu punya la kalau aku cakap aku nak ke Yong Peng esok pagi. Aku pergi dengan motor baru aku. Aku join dengan geng geng motor besar esok. Ni first time aku join kembara ride bersama dengan rider riders yang lain. Biasanya kalau aku kembara kemana mana, aku biasanya akan travel seorang diri. Tapi disebabkan member aku yang ajak, aku join je la. Hahahahaha. Nak kata motor aku laju macam mereka, memang tak la. Motor aku ni biasa je. Janji lepas la untuk aku berjalan jauh. Still boleh bersaing la. Cumenye aku tak boleh bawa laju sangat la. Aku ni penakut sikit. Hahahhaa. Apa apa pon, pagi ni aku nak kene bangun awal. Dan nanti nak kene ada dekat seremban jam 9 pagi nanti. So aku nak tidur sekarang. Ps: aku banyak kali nak update story. Tapi setiap kali aku nak update story, aku tak ada idea nak update ape. So kali ni, aku akan update sto...

Tukar Angin brooo

Image
- Assalamualaikum - Dulu punye cerita, bila aku start sayang seseorang, aku selalu bagi yang terbaik. Kalau boleh aku nak kan seseorang tu. Tapi kalau aku je yang bagi semua tu, tapi aku kene pijak je. So why not aku ubah je. Aku buat hal aku, aku buat apa yang nak. I give all my best la for my self. In the end, somebody came to my life. Doesn’t even look who i am. Know what i busy with. Try to understand. So in the end, aku buat keputusan sehabis mungkin. Aku request dekat orang tu untuk aku jumpa family dia untuk minta kebenaran dan restu untuk aku teruskan berkawan dengan anak dia. Dan aku dapat. Iaitu baru baru ni. Parent dia merestui aku untuk berkawan dengan anak dia sehingga aku ready untuk join keluarga dia. Happy tu jangan cakap la. Aku daripada dulu kalau nak dapatkan lesen hijau untuk teruskan berkenalan dengan anak dia, aku cukup happy bro. Mana tak nye, aku buat semua tu adalah nak family dia tahu yang aku ni macam mana. Dan siapa anaknya berkawan...

Tukar Tukar

Image
- Assalamualaikum - Emmm. Maaf lama tak update. Semalam aku balik kampung aku sebab ada bende aku nak bincang dengan parent aku. Well, ni bukan pasal kawen, tapi ianya pasal motor aku. Aku bagitahu parent aku yang aku nak nak tukar motor. That why aku balik kampung. Ada juga reason aku balik kampung sebab aku rindu suasana kampung. Tapi bab bab tukar motor ni, walaupon aku dah besar panjang, aku still bagitahu sebabnya motor yang aku guna sekarang ni atas jasa diorang juga. So that the reason why aku kene bagitahu juga dekat mereka yang aku kene cakap pasal bende ni. Aku nak restu. Walaupon motor yang aku nak beli nanti buatkan mereka jadi lagi mara. Jadi aku senyap senyap dulu dan minta je restu untuk tukar motor. Sebenarnye agak lama juga aku fikir nak tukar motor ni. Tapi you know what, aku berbelah bagi. Sebabnye motor ni dibeli dengan cash. Tanpa hutang. Dan sudah semestinye motor yang aku akan beli nanti juga akan berhutang. I know that well. Tapi aku ada se...

Aku Tak Layak

Image
- Assalamualaikum - Aku sudah lama memikirkan masa depan aku. Adakah aku layak ke nak bersama dengan seseorang yang aku suka? Mampu ke aku jaga anak orang. Sebab aku risau dengan diri aku ni dengan serba tak lengkap, cuba untuk memikul beban dan tanggungjawab ke atas diri anak orang lain. Aku tahu diri aku macam mana. Aku berani je nak mencuba semua tu, tapi dalam masa yang sama, aku juga takut sebenarnye. Aku takut selepas aku pegang tanggungjawab tu, aku takut aku gagal. Aku tak adalah mempunyai ciri ciri yang orang inginkan. Sebab aku tahu diri aku macam mana. Tapi why people see me like I’m good enough to them. Ini kadang buatkan aku takut. Aku takut setelah orang nampak diri aku sebenar, aku takut aku akan mengecewakan diri orang. Tapi apa apa pon, kali ni aku akan cuba jaga sehabis baik cinta aku pada seseorang. I will try my best. Walaupon sebelum ni aku dah cuba, tapi aku gagal. Tapi kali ni aku akan cuba lagi. Tak kira la macam mana pon, aku akan cuba. ...

Aku Testing Jer

Image
- Assalamualaikum - Baru baru ni aku ada testing satu products ni. Kalau nak ikutkan hati aku la kan, aku malas je nak ambil product lagi. Lagi lagi yang ada peoduct melibatkan product kurus ni. Yela, aku kan montel. So sasaran tu ramai la. Jadi aku terjumpe product ni, aku nak buktikan yang sebenarnye aku tak ada masalah pon dengan diri aku ni. So aku pon cuba la product ni. Nama dia MyFiber. 😒 Ni bukan nak review pasal product ni, sebab product ni tak berikan aku kesan apa apa pon. Kecualilah sakit perut. Itu je. Lemak aku sama je banyaknye. Nak kata kurang, tak. Nak kata bertambah tak. So ape yang nak katakanlah ek, product ni dengan aku, tak beri kesan apa apa pon. Sebab sebelum ambil product ni, berat aku steady je. So lepas ambil product ni, sama je kesannye. Cumenye product ni macam yang aku cakap tadi la, just sakit perot je. Hahahahaha. So ape yang aku nak katakan la, sebenarnye aku tak caya pon product macam ni. Ni testing je. Sebabnye aku naik menyam...

Bukan 1 Tapi 2

Image
-  Assalamualaikum  - Kalau aku cakap bende ni, orang akan cakap aku gila. Comfirm punya la orang akan cakap aku gitu. Sebab bende yang aku buat semua ada bersebab. Iyalah. Nak tahu? Okaylah. Semalam 10 September bersamaan hari isnin jam 3.30 petang, aku nak keluar. Dah siap siap ni, aku pon macam biasa la, aku nak keluar. Dah kunci pintu ni, dah tutup, aku pon nak mangga dekat grill. Masa ni aku baru perasan aku tak bawak kunci. Pintu dah tertutup. Mampus. Aku terkurung. Dalam rumah tak ada orang. Yang ada kucing. Akak aku kerja. So aku terkurung ni. Tak fikir panjang, aku pon gune badan aku tolak pintu. Berjaya masuk tapi bende dalam bulatan merah tu rosak sebab aku tolak kuat dan dia jem. Ape lagi. Aku pon buka la tombol pintu dan keluarkan dende dalam bulatan tu. Kemudian lepas aku keluarkan, aku pasang balik tombol pintu semula. Yela, kalau biarkan nanti, ada yang cuba pecah masuk rumah aku nanti. Sebab dia tahu pintu rumah aku tak berkunci. Tapi yela...

Mahu Tapi Sabar Beb

Image
- Assalamualaikum - Maafkan aku sebab sudah lama aku tak menaip cerita dalam blog aku ni. Banyak kali sebenarnye aku nak menaip story aku setiap malam. Tapi ada gangguan sikit. So aku banyak kali miss. Adessss. Tapi tak apa. Kali ni aku akan perbaiki sikap aku yang suka sangat terbabas ni. So tengok la macam mana. Aku akan cuba elakkan bende ni jadi lagi. Haha. Dunia ni makin lama makin maju dan bumi makin tenat. Bukan tenat dengan pencemaran je, tapi tenat dengan perangai manusia yang suka ambil remeh je dengan keadaan bumi. Tu baru remeh, jangan cakapkan pasal diri yang tamak. Termasuk diri aku juga la. Kadang lebih mementingkan diri sendiri je. Tapi bila sebut pasal tamak, tak semestinya pasal duit tau. Ni pasal dunia kelajuan. Laju sangat nak data. Laju sangat nak internet. Tapi bila slow, maki hamun beb. Hampeh. Tapi sekarang banyak yang bijak pandai ada weiii. Apa lagi hacker laa. Macam aku juga la. Walaupon aku suke bende yang laju, tapi kadang kelajuan...

Too Many Things

Image
- Ass alamualaikum - Minggu ni banyak gile bende berlaku. Hari isnin ari tu 12hb akak aku motor dia kene curi dengan budak bangsa melayu remaja. Motor kriss je pon. Ape la si bodoh tu nak sangat dengan motor tu. Aduhhhh. Pencuri zaman sekarang dia memang suka nak hidup di alam neraka rasanya. Sebab apa yang dia buat ni, serius tak akan dimaafkan. Sebab ni antara dosa manusia dengan manusia. Dan selagi tak dapat balik motor tu, dosa dia tak akan dimaafkan. Aku bukan pendendam tapi kalau dia buat macam ni dah menyusahkan hidup orang, satu sahaja solution boleh bagi, jangan maafkan apa yang dia buat. Simple. Nak setel, simple, pulangkan motor dengan elok tak rosak, dan mintak maaf. Simple je. Lepas tu hari rabu aku cuti lagi sebab aku dah amik cuti kan untuk balik raya haji hari tu tapi nak buat macam mana, disebabkan kes macam tu, plan aku nak balik kampung terbantut. Keesokkan harinya, aku kerja macam biasa tapi tah tak tahu apa cerita, badan aku tiba tiba naik dem...

Dia Fluffy Aku Chubby

Image
- Assalamualaikum - Gaduh gaduh itu biasa jika tiada perkara yang boleh menyakitkan tubuh seseorang. Dan Jika pergaduhan itu boleh menyebabkan seseorang itu mendapat dosa yang banyak, baik salah seorang mengalah jer. Nanti kalau berterusan, emm dosa je dapat. Rugi beb. Dan aku sudah tentulah pilih yang mengalah sebab aku tak suka bergaduh dan cari cara untuk berpisah yang tiada sebab kau akan cari aku balik dengan sebab. Aku cari cara weii sehabis yang mungkin. Hahahahaha. Tapi disebalik pergaduhan ini, ada satu pergaduhan ni aku tak boleh nak mengalah. Iaitu dengan kucing aku ni. Ishhhh. Dia suka duduk dekat bilik akak aku. Lagi lagi kalau akak aku ada. Dan bila akak aku balik kerja, dia akan baring dekat dekat dengan akak aku. Yang buatkan aku geram dengan kucing aku ni, setiap kali aku nak ambil dia je, atau datang borak dengan akak aku dekat bilik je, dia lari masuk bawah katil. Sorok daripada aku. Ishhhh anti betul dia dengan aku. Hahahahaha. Tapi kan bil...