Kenapa Mesti Aku Ya Allah

*nak tajok je.. bukan yang lain okey

Sejak aku berkawan dengan kawan kawan aku yang kaki perempuan, aku telah diketemukan dengan seorang gadis yang lawa.. Sungguh aku terpikat dengan penampilannye yang cukup sempurna di mata aku.. Tapi aku tidak tau kisah disebalik diri dia yang cantik lagi menarik itu.. Bila kenal kenal, akhirnya aku dapat tau kisah diri dia..

Nama yang diberi Nurul Wahida (bukan nama sebenar sebab aku pon tak tau nama sebenar dia.. hahaha) merupakan seorang gadis yang cantik lagi molek.. Entah berapa adik beradiknye pon aku tak tau.. apatah lagi nama parent dia.. Dia tinggal di Pendang, Kedah.. Tapi dia ada penyakit yang dasyat dipinggangnya, di hatinya.. Ini bukan cerita bohong, tapi ini cerita benar tentang diri wahida..

Semasa aku kenal dengan si wahida ini, aku tak kenal dalaman dia.. Bila borak punya borak, baru aku tau tentang diri dia.. apa yang aku tau, wahida ni tak tau solat 5 waktu, tak tau zikir, tak tau mengaji dan paling dasyat dia takot azan.. Bile aku tanyakan dia kenapa tak carik ustad, dia cakap dia takot.. Dia takot atas alasan aku tak boleh ceritakan sebab hal peribadi dia..

Apa yang aku nak katakan, dia meminta aku mengajar dia tentang Islam.. Dia nak dekat diri dengan Allah tapi dia tak boleh jumpa ustad atas alasan peribadi dia.. Yang masalah aku sekarang, aku tak boleh datang sana untuk mengajar dia.. Apa yang aku boleh buat, aku mampu memberi dia nasihat pada dia untuk mencari seorang uztad.. huhu..

Aku bukan tak nak mengajar dia.. Aku nak berebut ilmu mengajar orang mengaji.. tapi aku tak boleh buat sebab ilmu aku tak cukup.. apa yang dasyatnya, kes wahida ini serupa dengan kes eiesha yang aku kenal dulu.. dua dua takot azan dan tak tau pasal Islam.. Dan yang paling dasyat, Allah memberikan aku 1 tanggungjawab besar pada aku untuk memikul tanggungjawab yang besar ini.. tapi Ya Allah, aku tak mampu Ya Allah pikul beban yang berat ini Ya Allah.. Ko bantu la aku Ya Allah.. Bantu la wahida untuk belajar agama-Mu Ya Allah.. amin...


Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh