Cerewet Bab Makanan Jer???


- Assalamualaikum -
Dalam dunia makanan aku paling tak suka la orang cerewet bab makanan. Bukan apa, rezeki kot. Tak kan la nak cerewet jugak. Agak Agak la kan. Tak ada ini susah nak makan la. Tak ada tu susah nak makan. Tak pedas tak mau makan. Kalau pedas sikit tak mau makan. Takot sakit perot. Adesssss.. Macam macam hal la.
Dalam bab rezeki ni jangan ada sifat cerewet. Bukan pe, tak baik tau bercakap atau berbuat tak baik depan makanan.. Kot tak suka pon, jamah sikit pon jadi la. Jaga hati orang. Lain la kalau dah memang alergik, tu dimaafkan lah. 

Nak cakap aku tak cerewet, aku pon cerewet jugak. Tapi kalau orang da sediakan makanan tu, aku jamah je la. Aku benci kek. Kalau orang bagi aku kek, aku makan je. Asal aku makan walaupon aku benci. SIMPLE JE. R.E.Z.E.K.I.. So tak kan la aku nak tolak kan. Nak tak nak aku makan je la walaupon tak suka.

Aku suka pedas. Kalau tak pedas, mood aku kureng. Tapi kalau dah orang masak, makan je la. Bagi licin pinggan tu. Awat? Kate ibu aku la. Ni cerite zaman aku kecik kecik, ibu aku cakap makan bio abiskan, kalau tak nanti, bile dalam kubuq, makanan yang kite makan tak abis tu akan tuntut pada kite kat akhurat. Ulat tu akan bercakap,

Asal kau tak makan aku sampai abis?

Asal mesti kau bazirkan aku.

Kenape?????


Walaupon aku dah besar, aku still mengangap bende tu betol. Why?? Aku tak tau ape yang akan terjadi dalam kubuq, so aku takot dipersoalkan bende tu. Sebab tu aku kalau makan, aku akan abiskan makanan aku. Biarpon tak sedap. Aku makan je. Janji tak membazir.

Adessss.. Mate aku pedih beb. Aku nak tidur dulu la.. Jumpe lagi beb,
Assalamualaikum.


 

PS: membazir ni bukan setakat makanan je, banyak lagi. Kalau suka sangat membazirkan, pikir orang yang susah tak dapat nak makan minum. Fikir laa. Okey

Comments

Ana Fatihah said…
Yang pnting sentiasa bersyukur n tak mmbazir. Kalau memang betul takleh habiskan makanan, carilaa kucing ke ayam ke utk kita bagi lebihan makanan tu. So, xdelaa membazir. Ye dok?
Mr. Saboler said…
Amboiiii... laju nye membalas.. betol tu. Itu la cara yang seelok eloknye daripada membuang dalam tong sampah. Nak bagi berapa bintang ya? Hehehe

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks