Kata Kata Hikmah Untuk Minda
Assalamualaikum..
Ahhhh.. da penat post pasal bende yang menyakitkan ati.. da behenti da.. da tamat da.. da tak ada makne nak ingat lagi.. lagi memedihkan ada la nanti kan.. lagi menyakitkan lebih ramai pihak ada la nanti kan. hehehe.. okey la.. da stop da.. sekarang aku nak berkongsi dengan korang.. hope korang sudi tambah tambah lagi ke.. dan berkongsi lagi kate kate hikmah yang korang punye.. hehehe
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. - T.S Matthews
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih.
Ada banyak teori yang boleh anda baca, tetapi pelajaran terbaik adalah apabila anda melakukannya...
Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti
ika kita mengetahui tarikh kita akan mati, pasti kita akan lakukan semuanya bersungguh-sungguh, terutamanya beribadat.
Usah berjanji semasa gembira, usah beri maklumbalas semasa anda marah, usah buat keputusan ketika anda sedang sedih.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama seperti sesebuah benteng yang tidak dibela - Napoleon Bonaparte
Hitam tidak semestinya kotor dan putih tidak semestinya suci.
Keringkan lidah dr mengumpat,basahkan lidah dgn Zikrullah,berjalan berdiri biar bertempat,berkat ganjaran diterima InsyaAllah.
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. - Saidina Ali Abi Talib
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni
Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.
Comments