Aku Stalkers?

.
.
- Assalammualaikum -
~ Hye guys~
.
.
Kalau dulu, aku kalau suka seseorang, aku mesti stalkers orang tu. Ye la nak amik tau tentang diri orang tu kan. Kita nak tau camne dengan dia kan. Itu perkara biasa aku buat dulu. Tapi sekarang, bukannya aku benci nak stalkers seseorang lagi. Cuma nye aku dah pasrah. Redha dah nak memgharapkan sesuatu. Cukup dah segala keperitan hati aku rasa. Bukan sebab dia ada mempunyai jodoh ke ape. Tapi aku tak mau nak mengharapkan kasih pada seseorang tu lagi.
.
.
Ada cara lain sebenarnye aku buat. Tapi bukan dengan cara aku stalkers orang lagi tapi ape yang aku buat, aku minta pada Allah agar aku diberikan jodoh yang baik. Aku bukan tak pernah nak mencuba nak mendapatkan cinta tu, tapi aku pernah je buat. Aku pernah pergi ke tempat orang tu semata mata nak jumpa dia, tapi Allah lebih Mengetahui apa yang berlaku selepas tu. Aku hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Aku sanggup datang ke tempat tu walaupon berjam jam aku atas jalan tapi sampai sana, aku tak dapat jumpe pon. Hehehe.
.
.
Aku tak marahkan sesiapa pon. Aku paham. Mungkin dulu tu bukan jodoh aku. Dan aku mencari cinta manusia tanpa mengharapkan bantuan Allah. Aku yang dulu lebih mencintai manusia daripada aku mencintai Allah. Sebab tu dari dulu, bila aku bercinta dengan seseorang, pasti tidak kekal. Aku tak salahkan sesiapa. Aku salahkan diri aku sebab aku mencintai seseorang tu atas diri dia. Bukan kerana Agama. Dan sebab tu la sampai sekarang aku pilih bujang. Bukan aku tak mau cinta gadis gadis tapi aku nak mencintai Allah lebih dari mencintai manusia. Hehehe.
.
.
Macam poyo kan diri aku ni. Tapi itu la diri aku. Si lelaki poyo. Hehe. Okey la. Aku nak chow dulu. Bye. Assalammualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh