10 Sebab Kenapa Free Hair Lagi Bagus Dari Bertudung


Assalamualaikum
kali nie aku nak berkongsi 1 post yang patut korang gurl kene amik berat.. sebab kami lelaki wat macam nie bukan suka suka pon.. kami suka menasihati.. mane la tau suatu ari awak jadi kekasih halal aku ker??cehhhhh... puihhhhhh la... hahaha.. haaaaa nie dia 10 sebab tue.. ngeeee
1) Eleh, ni nak habaq mai..yg sembahyang tunggang terbalik tu pun belum tentu masuk syurga tau..pelacur yang bagi anjing minum tu Allah masukkan dia ke syurga. U olz jangan nak sesuka hati menilai i olzz berpakaian! Allah je yang berhak nak judge kita..huh
gegurlz..memang sembahyang itu bukan jaminan untuk masuk ke syurga, namun begitu yang membuka aurat itu PASTI masuk neraka!

2) Pakai baju jarang ke kain sendat ke, itu hak kami! Kalau tak suke JANGAN tengok, hey kalau itu tak boleh, ini tak boleh, ko pergi hidup dlm hutan la..kolot! tak reti hidup bermasyarakat..
Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk mnahan godaan syaitan?

3) Seksi itu subjektif ok! bagi kami apa yang kami pakai ni xseksi pun, awk tu lain la..kami pakai macam ni pun dah bising-bising..gila sex eh?
Wahai kaum wanita, haruslah anda sedar, subjektif atau objektif..anda tetap dikira berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut, ini bukan saya kata..dalam al-quran ada tulis!
4)Ingat kami ni tak bertudung, kami tak sembahyang ke? hey kami pun solat la..cukop 5 waktu lagi tau..puasa pun tip top..xpernah nak ngelat!
Sayang-sayangku…yakinkah anda dengan ibadat dan puasa sudah cukop untuk menjamin anda tiket ke syurga?

5) Sukahati kami la nak pakai macam mana pun, asalkan kami xsusahkan hidup orang lain dah la kan. lagipun Allah tak suka kita membazir,ha yang u olz ni beli tudung, beli kerongsang, baju panjang-panjang, membazir tau tak? dah ikut amalan syaitan laknatullah tu..huh
Anda sebenarnya telah menyusahkan hidup bapa, abang, adik lelaki serta suami anda dan menarik mereka kedalam neraka bersama-sama dengan anda disebabkan mereka gagal menegur dan mendidik anda
6) Apa yang kami pakai, club mana yang kami pergi, ini antara kami dengan Tuhan. Ha yang korang ni, cakap banyak ko dah settle ke dosa-dosa ko ngan Allah?
Berani cakap di dunia, nanti di depan Allah berani cakap tak? Lawan perintah Allah, nerakalah tempatnya dik!

7) Excuse me! ai pakai sexy-sexy macam ni sebab permintaan dari produscer, ni kan komitmen ai terhadap kerjaya ai. Ai kena jiwai lakonan ni, barulahpengajaran dan moral of this film dapat disampaikan dengan tepat serta berkesan ke dalam hati para penonton. Inilah pengorbanan ai sebagai anak seni!
Anda sanggup patuh arahan manusia dan engkar perintah Allah? Siapa yang akan menentukan anda ke syurga atau neraka..Allah ke Produser?

8) Ermm bukannya kami tak mahu menutup aurat, cuma seru belum sampai. Kami tak mahu berlaku hipokrit terhadap diri sendiri. Lagipun takkan nak buat perubahan drastik, selow-selow la..ai tak nak nanti kena culture shock pulak
Awak..nasihat-nasihat dari fesbuk, tv al hijrah, tu sume seru la tuh..menyeru anda ke arah kebaikkan. Nak seru yang macam mana lae?

9) huh orang body tak lawa je yang pakai balut sana balut sini, kitaorang rambut lurus, kulit mulus, pipi gebus..rugila kalau simpan..lagipun time muda-muda macam nilah nak bergaya dah tua-tua nanti pakai macam gini orang cakap buang tebiat pulak
Dik senang kira, nak habaq mai yang mati itu tidak mengenal usia, tidak berbau dan tidak pula diberikan surat amaran, kalau sampai masa matilah anda!

10) Ala yang pakai tudung tu jauh lebih jahat dari kami, bila mereka tengok kami, dalam hati mereka mesti timbul perasaan mereka perempuan baik-baik, riak, ujub dan takbur kan? hah ingat diri tu bagus sangat, padahal saham dosa dah bertimbun di akhirat. Apa pandang-pandang..jeles lettew ko xde body mcm ak?
Sayangku, benda yang elok dan cantik itu kita balut kita tutop dan simpan elok-elok supaya tak dirosakkan, kalau kita biar terbuka tu, dah busuk..dah xelok..macam lolipop yang jatuh atas tanah..sape lagi yang nak? kalau ada orang kutip ambil makan pun , nanti kena penyakit.

Sekadar teguran buat diri sendiri dan kaum seagama yang lain, tidak ada niat untuk menyakiti hati sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang dan ambil berat orang lain terhadap diri kita. Dalam kehidupan, jangan jadikan alasan itu sebagai penghalang. Islam itu indah dan merupakan kejayaan di dalam keidupan.
p/s: Kaum wanita katakanlah ‘aurat saya mahkota saya’..kaum lelaki jalankan tanggungjawab anda sebagai khalifah di muka bumi allah ini

Comments

Anonymous said…
terbaik lah..

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh