Jom Lakukan Aktiviti Ini



- Assalamualaikum -


Anda bosan? Dengar lagu pon bosan jugak. Nak buat ape pon tak tau? Meh aku share something yang kalau korang buat, korang rase happy je. Kompem happy nye la. Kalau korang buat ni korang still tak rase happy, so aku tak boleh nak buat lagi. Tapi kalau aku kongsikan nie dan korang buat, in shaa Allah korang akan merasekan perasaan yang amat puas dalam diri korang. In shaa Allah.. Yakin pada Allah.

Membaca Al - Quran

Ada masa terluang banyak ni, apa kate korang luangkan masa korang dengan mengaji? Tak ada Al-Quran? Youtube kan ada. Dengar la dan cuba follow. In Shaa Allah, dapat pahala. Tak puas lagi? Baca lagi dan lagi. Tak puas jugak, no comment. Hahahaha.

Mari Berzikir

Dalam entry aku sebelum nie tentang kepentingan internet pada korang, aku selalu dengar bacaan zikir dalam tu. Dengar dan follow. Pahala pon dapat jugak. Tak rugi pon masa. Yang paling best, hati aku rasa tenang je. Time bawak motor, time tu paling banyak masa terluang. Sambil bawak motor, aku berzikir. Basah bibir dengan berzikir. Sekurang kurangnye korang masih ingat pada Allah. Kalau aku bukak lagu, aku rase kosong. Tapi bile berzikir nie, aku rase sangat sangat puas dan tenang. syok gile. Korang tak nak rasa ke ape yang aku rase ni?

Bersedekah lah.

Tak luak pon duit bile bersedekah nie. Malah Allah akan mempermudahkan rezeki korang. Ikhlaskan hati. Berhenti mengharapkan balasan. Niatkan sedekah korang tu kerana Allah. Jangan bagitau orang, yang korang derma ikhlas kerana Allah sebab ikhlas itu tak perlu diberitahu pon. Cukup la kite niatkan dalam hati kite derma ikhlas untuk bekalan akhirat. Hehe

Agak agak puas tak diri korang kalau buat semua nie? hehehe.. In Shaa Allah, ikhlaskan hati dan buat semua nie kerana Allah, In Shaa Allah korang akan merasa kepuasan nanti. Amin

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^