Minat Itu Bagus Tapi Jangan Teruja

.

Assalammualaikum..

Aku sedeh kadang tengok orang orang Malaysia ni. Macam terlalu menghambakan diri pada sesuatu bende tu. Demi sesuatu bende tu, diorang macam taksub. Aku bukan nak perli, aku kagum sebenarnye tengok orang orang yang taksub sangat sesuatu bende tu. Serius nak tau apa yang taksub dengan bende bende yang diorang minat sangat tu.

Kalau dulu orang orang Malaysia taksub sangat dengan artis America. Kat umah tampal dalam bilik gambar orang tu. Kagum dengan kecantikkan kekacakan orang tu. Weii, sorry menyibuk. Let's me say something, dalam rumah jangan letak gamba gamba orang atau keluarga kat dinding, tau sebab pe? Malaikat tak masok wei dalam umah kalau ada gamba gamba macam tu. Kalau nak lekat pon, letak la gamba permandangan ke. Janji bukan gamba gamba manusia. Patung patung pon sama. Jangan ada dalam umah. Simpan dalam kotak. 

Aku minat jugak artis artis korea ni. Tapi minat tu tak seberapa sangat la sebab kenape aku nak perhambakan diri aku dengan minat minat diorang? Sebab diorang artis? Sebab diorang cantik handsome? Wei, minat je tak pe tau. Tapi jangan la taksub sangat. Jangan kerana taksub sangat, korang membelakangkan agama. Kalau boleh la jangan taksub sangat la. Korang akan lupa mengingat pada Allah dan nabi kita Nabi Muhammad saw. Aku bukan alim nak ngajak korang, tapi aku mampu nak mengingatkan korang. Lagi satu, bile korang agungkan diorang, nampak sangat korang ni macam tak cukup kasih sayang. Yela diorang berterima kasih kat korang sebab korang peminat diorang. Nothing more nothing less. Kalau itu pon dah memandai untuk korang, aku tak ada bende nak cakap lagi. 

Sebelum aku tutup entry aku ni, aku nak ingatkan lagi sekali, jangan terlalu taksub sangat. Remember we live because of Allah and his messenger prophet Muhammad SAW. Kita hidup kerana menghambakan diri pada Allah. Ingat tu. Okey la. Chow dulu. Assalammualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks