Posts

Ribut Oiiiii

Image
. . - Assalamualaikum - . . Selama ni kalau aku balik kampung kalau hujan la kan, aku tak pernah jumpa hujan yang betol betol dasyat macam malam tadi. Pehhhhh... Gila la. Syukur Alhamdulillah semasa kejadian tu aku dah dekat dengan stesen minyak. Kalau tak aku tak tau la ape jadi malam tadi. Huhuhu. Semalam masa aku nak balik ikut jalan Lebuhraya Plus, aku dah nampak pon guruh dekat depan tapi aku teroskan jalan sebab aku tau jaoh lag. So jadikan ceritanye, tengah bawak motor tu, tibe tiba tak sampai 300 meter, tiba tiba hujan lebat. Dah la lebat, tak lama tu teros ribut. Motor aku kene tolak ke tepi tapi alhamdulillah masa tu dah dekat dengan Petron, sempat jugak belok tapi basah lecun dah masa tu. Memang lama la lepak dekat Petron tu. Banyak jugak motor yang behenti sebab ribut kan. So tak lama tu, hujan reda sikit, lepas 40 minit jugak la aku lepak sane. So bila nampak macam reda sikit tu, aku pon, teroskan perjalanan la. Tapi tak lama tu, ada lagi ribut dekat...

Selamat Hari Raya

Image
. . - Assalamualaikum - . . Finally tiba juga hari yang ditunggu tunggu oleh kite semua setelah sebulan berpuasa. Aku pon baru je balik kampung semalam. Aiyaaaa penat jugak la. Mana tak nye dari Ulu Bendul sampai ke rumah hujan je memanjang. Last last malam tadi lepas je berbuka, muka aku starting panas dan aku rase letih gile. . . Jam 8 malam aku teros tidur. Bangun bangun tidur dah jam 6 pagi tadi. Hahahaha. Dasyat gile effect kene demam malam tadi. Antibody aku lemah sikit tapi cepat je sembuh. Aku perlukan tidur secukupnye baru la aku sembuh. Hahahaha. . . Okay la. Aku nak kene pergi mandi. Kat sini solat Aidilfitri jam 9 pagi tapi kenelah mandi awal sebab ramai nak mandi kejap lagi. Hahaha. Pape pon aku mohon maaf jika ada terkasar bahasa sampaikan korang baca ni ada yang dapat dosa free dalam ni. Aku mohon maaf sangat sangaat okay. Selamat Hari Raya guys. Assalamualaikum.

Last Tarawih

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys # Alhamdulillah malam ni adalah malam terakhir Solat Tarawih dan aku sangat sangat bersyukur sebab tahun dapat jugak aku buat solat Tarawih tanpa terlepas walaupon sehari. Esok dah la last berpuasa. Adesssss. Ruginye. Yela manenye tak rugi. Sebab bulan Ramadhan kan kalau buat kebaikan, Pahala kite digandakan. Huhuhu. Rugi la sesiapa yang dalam bulan puasa ni dia tak merebut peluang tu. Aku pon rugi jugak sebenarnye. 3 hari terakhir puasa la baru aku dapat buat solat Tahajjud. Rugi beb. Tahun depan tak tau la dapat sambut bulan Ramadhan ke tak. Emmm. Okay la korang. Aku nak tidur. Esok pagi lepas Subuh nak kene siap siap lepas tu nak balik kampung lagi. Aku dah la dapat cuti 3 hari je. Sabtu Ahad Isnin je. Isnin petang dah kene balik sini sebab Selasa dah kerja pagi. Huhuhu. Okay la. Nak bangun awal nanti. Okay la. Bye. Assalamualaikum.

Terlepas Sahur

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys # Maaf lama tak update. Sejak company aku dapat project, banyak gile keje kene buat. Adessss. Tapi inilah dugaan bila kerja dekat company kan. Hahahaha. Tapi kan rasenye dalam blog aku ni bukan ada sesiapa pon nak menyinggah membaca cerita aku pon. Sebab sini lebih kurang sama je dengan diari aku. Tapi aku tak ada la diari pon. Tak ada masanye aku nak menulis story aku balik dekat dalam buku derr. Hahahaha. Dalam bulan puasa ni (dah nak abis puasa dah pon) tahun ni memang dugaan sangat dasyat ek. Banyak jugak hantu hantu aku jumpa. Hantu pemberi dosa percuma. Hantu pengajak makan. Hantu nafsu. Ishhhh. Macam macam la hantu ada di bulan puasa ni. Tapi kan aku suka puasa tahun ni sebabnye setakat ni aku tak miss pon solat terawih. Sebabnye kan aku anggap solat terawih tu pada bulan Ramadhan ni, aku anggap solat yang wajib bagi aku la. Sebab cuma bulan Ramadhan la kita buat solat terawih ni dan bulan Ramadhan la sepatutnye kita berebut re...

Lewat

Image
. . - Assalamualaikum - # Hye Guys # . . Hari ni aku sengaja pergi kerje lewat. Sebab akak aku tinggal seorang dekat umah. Dan yang pastinye aku lewat bukan sebab aku sengaja datang lewat tapi aku kene stay sampai plumber nak datang umah aku ni. Kalau aku pergi kerja sekarang bukan tak boleh, boleh je tapi risau la jugak kan sebab akak aku dah la perempuan dan plumber tu dah kompem lelaki. So kalau aku blah awal, nanti boleh jadi pape dalam umah ni. So aku kene la stay. . . Aku dah bagitau kawan aku dah semalam yang aku kompem lewat sebab aku nak kene teman akak aku ari ni sebab plumber nak datang. Kawan aku kate okay je sebab dia paham keadaan aku camne. Tapi yang pasti nanti aku kene belikan dia makanan tengahari sebab dia malas nak kuar. So dia pesan awal awal dekat aku. Hahaha. . . Okay la. Aku nak kene beli makanan sebelum plumber tu datang. Hehe. Bye.

Sebab Muka

Image
. . - Assalamualaikum - # Hye Guys # . . Biasanye orang selalu cakap dengan aku, dia tak ada keyakinan nak cari jodoh sebabkan dia tak lawa/hensem. Aku pon biase jugak pikir gitu sebab aku pon tau aku pon tak hensem pon. Tapi aku cuba la jugak nak memikat hati orang. Dan result aku selalu dapat memang tak menghampakan aku. Hahaha. Aku fail. Hahahaha. . . Itu biasa bagi aku sebab aku ni selalu fikir negatif. Negatif la jugak. Sebab bila nak pikat ati orang, aku selalu cakap " kau dah la tak hensem, kau tak kan dapat la pikat hati dia. Kau gagal dib". Tu memang selalu jadi dekat aku. Ada sebab lain jugak kenape aku tak pikat ati perempuan ni, sebab aku ni penakut. Aku takot aku akan sakitkan ati diorang. Sebab orang susah nak faham diri aku. Aku ni nakal oo. Aku suka bergurau. Sebab aku tak tau nak romantik. Hahahaha.  . . Tapi biasanye memang orang akan tengok wajah tapi tak semua pon. Hati yang baik, bersih juga kadang dapat je menawan hati orang. ...

Dapat Lobster Weiii

Image
. . - Assalamualaikum - # Hye Guys # . . Kadang aku memang ingat nak post cerita dalam ni tapi lepas tu ada je yang halang aku nak buka blog ni. Hahahaha. Adesss. Bila ada story nak cerita dalam ni, time tu la aku dapat kerja. Huhuhu. . . Sejak aku buat kerja part time ni, time ni la aku dapat merasa sesuatu yang agak mahal. Masuk kedai mahal la. Jadi salah seorang VVIP la. Tapi semua ni aku dibelanja bukan aku yang keluarkan duit. Siapa yang belanje tu, rahsia. Hahaha. Bukan aku tak boleh minta bende murah tapi bila aku nak minta tu, ada yang cakap  "okay ke order tu. Tu kan dah biasa makan. Ni orang belanja. Makan ler bende yang kau tak pernah makan lagi". . . Contohnye semalam la. Aku buat kerja part time, abis kerja semua lapar. So singgah la satu tempat ni dan order 1 bilik vvip. Lepas tu diorang ada order set beramai ramai dan dalam set tu ada lobster. Alhamdulillah. Dapat jugak aku merasa sekian lamanya. Memang puas la dapat makan lobst...

Sudah Ku Bilang Sama Kamu

Image
- Assalamulaikum - # Hye Guys # Bila orang kenal aku, tau blog aku, tau Insta aku, aku memang kagum dengan orang orang macam tu sebab tau je nak cari aku dekat mana. Tapi problem juga kadang sebab kadang aku dah cakap dah, kalau tau sume tu, tak guna jugak. Perangai aku bukan sama macam apa yang aku pernah post dekat insta, blog aku pon. Sebab diri aku ni, kata orang susah nak paham. Tapi lain la kawan kawan aku yang lama kenal aku, diorang kenal la aku macam mana. Hahaha. Aku ni ada masa gila, ada masa waras, ada masa tu boleh diganggu, dan ada masa aku walaupon tengah tak buat pape tapi aku tak suka diganggu. Hahaha. Kalau kenal lama baru la boleh tau aku ni macam mana.  Tapi kan macam aku cakap, dah tau pasal cerita diri aku dekat sini, aku paling malas nak ingat balik apa yang aku dah post sini sebab biasanye ape yang aku post dekat sini dekat blog ni, semuanye memori yang aku nak lupakan dan memori akan aku lupa. So sebab tu la aku buat blog ni. Tak se...

The Best Song Ever

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys # Sejak ada internet unlimited ni, aku suka sangat dengar lagu ni berkali kali. Bila dengar lagu ni, hati jadi tenang je. Memang terbaik la dengar lagu lagu ni. So aku kongsikan dekat sini. Mana tau nanti aku lupa tajuk lagu ni, boleh la aku dengar dekat sini. Hehehe.

Sibling Days

Image
- Assalammualaikum - # Hye Guys # Sejak aku duduk bersama sama dengan akak aku ni, banyak betul akak aku keluarkan duit untuk rumah sewa kiteorang. Aku rase segan pon ada sebab sejak duduk dengan akak aku ni, aku just keluarkan duit untuk beli bahan masak je. Aku je yang suka masak kat umah tu. Lagipon aku bukan suka masak untuk seorang makan pon. Hehehehe. Well sebenarnye best jugak duduk dengan adik beradik ni. Lagi lagi yang sekepale. Gaduh tu biasa la kan. Nama pon adik beradik. Kau tau peragai dia, dia tau peragai kita. Yang penting bila duduk dengan adik beradik ni, tak ada siapa pon kuli. Aku kat rumah sewa kiteorang memang tukang masak pon. Kalau aku penat masak, akak aku pulak yang masak. Itu biasa lah kan. Tapi peti ais memang aku akan sediakan bahan cukup untuk masak. Bahan basic tu kene ada. Telur, beras dan sayur sayuran. Semua ni bahan basic mesti ada dalam rumah. Tak rajin beli sayur? Beli bawang besar dengan cili pon cukup la. Nak buat nasi goreng ...